Now Reading
2 Lelaki Pukul Anjing Hingga Mati Kerana Motor Dilanggar Ketika Haiwan Itu Lintas Jalan

2 Lelaki Pukul Anjing Hingga Mati Kerana Motor Dilanggar Ketika Haiwan Itu Lintas Jalan

Anjing tersebut terlanggar motosikal ketika melintas jalan kerana kawasan itu kurang pencahayaan sehingga menyebabkan kakinya dipercayai patah.

Anjing Terlanggar Motor Ketika Lintas Jalan, 2 Lelaki Dipercayai Pukul Haiwan Itu Guna Kayu

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Selain kucing, anjing juga salah satu haiwan yang sering dilihat berkeliaran di kawasan berhampiran jalan raya.

Kadangkala agak terkejut juga apabila haiwan berkenaan tiba-tiba melintas jalan sehingga menyebabkan pemandu terpaksa menekan brek secara mengejut.

Situasi ini dipercayai berlaku baru-baru ini melibatkan seorang anjing dan beberapa penunggang motosikal di Pulau Pinang.


Penunggang Motor Pukul Anjing Kerana Terlanggar Kenderaannya Ketika Lintas Jalan

Ketua Polis Daerah Barat Daya Pulau Pinang Superintenden Kamarul Rizal Jenal dalam satu kenyataan menjelaskan pihak mereka telah mengesan satu artikel yang tular di media sosial berhubung aksi beberapa individu memukul anjing.

Dalam video yang terdapat di dalam artikel berkenaan, dua orang lelaki dipercayai memukul seekor anjing di kawasan semak menggunakan kayu.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila anjing terbabit melintas jalan di kawasan kurang pencahayaan dan terlanggar motosikal di jalan raya sehingga dipercayai menyebabkan kakinya patah.

Mungkin mahu menyorok dari dikesan orang ramai, anjing berkenaan masuk ke dalam longkang. Namun, dua orang suspek dikatakan mencari haiwan tersebut dan bertindak memukul anjing itu sehingga mati.

Saksi kemudiannya bertindak merakam perbuatan mereka memukul anjing dan menghantar video berkenaan kepada rakannya di Petaling Jaya sebelum ia ditularkan menerusi akaun Twitter (@syhmiee).

Selepas tularnya video itu, pengadu membuat laporan polis supaya kejadian tersebut disiasat dan tindakan lanjut dikenakan kepada pelaku.

Hasil siasatan oleh pihak polis mendapati kejadian itu berlaku di Kampung Telok Tempoyak, Batu Maung, Pulau Pinang pada 8 Julai lalu sekitar jam 8:38 malam.

Menurut saksi kejadian, dua orang suspek warga tempatan yang tidak dikenali disyaki tinggal berdekatan tempat kejadian sedang meyerang seekor anjing yang terjatuh dalam longkang tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Pulau Pinang Superintenden Kamarul Rizal Jenal.

Pihak Polis Buru Dua Suspek Pukul Anjing Menggunakan Kayu Di Pulau Pinang

Sehingga kini, pihak polis masih mencari suspek yang terlibat dalam aksi memukul anjing dengan kejam itu.

Kertas siasatan berhubung kejadian juga sudah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Suspek juga akan disiasat mengikut Seksyen 233 AKMM dan boleh didenda RM50,000 atau penjara kurang dari tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Sehubungan itu, pihak polis menasihati orang ramai untuk tidak mendera atau memukul haiwan tanpa alasan munasabah dan tindakan tegas akan diambil jika mana-mana individu terlibat dalam perbuatan ini.

Pihak polis juga mengingatkan orang ramai supaya tidak menularkan lagi video tersebut.

BACA JUGA: Foto Anjing Diikat Belakang Lori & Diseret Atas Jalan Undang Pelbagai Reaksi

BACA JUGA: Lelaki Panah Kepala Anjing Hingga Mati Di Wangsa Maju Kini Diburu Polis


Hukum Mendera Haiwan Dalam Islam

Secara amnya, perbuatan menganiaya haiwan termasuklah binatang yang tidak boleh dimakan bagi umat Islam adalah haram, melainkan jika ia boleh mendatang ancaman atau kemudaratan kepada kita.

Memetik sumber dari Mufti Wilayah Persekutuan, Islam turut menuntut umatnya untuk berbuat ihsan kepada semua makhluk sejajar dengan firma Allah SWT dalam al-Quran:

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّا أُمَمٌ أَمْثَالُكُم ۚ مَّا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِن شَيْءٍ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ

Maksudnya: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

(Surah al-An’am: 38)


Begitu juga, ia juga dapat dilihat dalam hadis yang diriwayatkan oleh, apabila Rasulullah SAW menyuruh supaya memperelokkan sembelihan sebagai satu ihsan kepada binatang. Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ، وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan ihsan ke atas semua perkara. Apabila kamu membunuh, maka bunuhlah dengan baik. Jika sekiranya kamu menyembilah, maka perelokkanlah sembelihan tersebut. Tajamkanlah alat sembelihan dan rehatkanlah haiwan sembelihan tersebut.

Riwayat Muslim (1955)

Berdasarkan keumuman dalil yang disebutkan di dalam ayat al-Quran dan hadis di atas, maka ia secara jelasnya turut merangkumi haiwan-haiwan seperti anjing.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd