Now Reading
[Video] Pemuda Menangis Terduduk Dalam Tren Lepas Dapat Berita Ayah Meninggal Dunia

[Video] Pemuda Menangis Terduduk Dalam Tren Lepas Dapat Berita Ayah Meninggal Dunia

Difahamkan pemuda itu dalam perjalanan menaiki tren untuk balik ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha ketika dia menerima berita tetang kematian ayahnya.

Pemuda Menangis Terduduk Dalam Pengangkutan Awam Lepas Dapat Berita Ayah Meninggal Dunia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Berita tentang kematian seseorang adalah sesuatu yang agak perit untuk diterima oleh sesiapa sahaja lebih-lebih lagi apabila melibatkan ahli keluarga.

Namun sebagai umat Islam, kita perlu reda dengan ketentuan Allah SWT yang telah menentukan ajal maut setiap individu yang berada di muka bumi.

Siapa akan sangka, mungkin itu adalah kali terakhir kita berjumpa atau bercakap dengan seseorang sebelum mereka meninggal dunia.

BACA JUGA: “Lauk Terakhir Mak Masak” – Anak Menangis Jamah Air Tangan Arwah Ibu Buat Kali Terakhir


Anak Lelaki Menangis Terduduk Dalam Pengangkutan Awam Selepas Terima Khabar Berita Kematian Ayahnya

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok (@mrioaldino), seorang penumpang tren di Indonesia dilihat bercangkung sambil menangis di dalam tren yang dipenuhi orang ramai.

Perakam yang juga berada di dalam tren sama menyapa pemuda itu dan bertanya mengapa dia menangis teresak-esak sambil menekup mukanya.

Alangkah sedihnya apabila pemuda berkenaan memberitahu dia mendapat khabar berita tentang ayahnya yang baru sahaja meninggal dunia pada ketika itu.

Detik bahagia pemuda tersebut yang dikatakan dalam perjalanan untuk pulang ke kampung bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha bersama keluarganya kini bertukar duka.

Selepas mengetahui perkara yang berlaku, beberapa orang penumpang tren membantu untuk menenangkan pemuda itu dengan memangkunya ke tempat duduk.

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga meraih 1.4 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@mrioaldino/video/7249972628486622469

Netizen Luah Rasa Sebak Dengan Situasi Yang Berlaku Kepada Pemuda Di Dalam Tren Itu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan sebak apabila melihat situasi yang berlaku kepada pemuda tersebut selepas mendapat tahu tentang berita kematian ayahnya.

Tak boleh nak bayangkan betapa luluhnya hati si anak yang waktu itu. Netizen turut mendoakan agar arwah bapanya ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan mendapat rahmat Allah SWT.

Mereka juga memuji tindakan beberapa orang penumpang tren yang cuba untuk menenangkan pemuda berkenaan pada ketika itu.

Ada yang berkongsi pengalaman pernah berdepan situasi sama apabila mereka mendapat khabar tentang kematian ahli keluarga tercinta.


Amalan Yang Boleh Dilakukan Oleh Anak-anak Sekiranya Merindui Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia

Sebagai anak, tipulah kalau kita tak ada rasa rindu kepada ibu bapa apabila mereka sudah meninggal dunia. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan kerinduan pada mereka.

Walaupun ibu bapa sudah meninggal dunia, anda sebagai anak masih boleh berbakti kepada mereka dengan beberapa cara seperti berikut:

  • Mendoakan keampunan dan rahmat Allah untuk mereka.
  • Melakukan sedekah dan amal jariah yang diniatkan pahalanya untuk mereka.
  • Melakukan amal soleh yang dididik oleh ibu bapa.
  • Menceritakan apa saja kebaikan ibu bapa kepada orang.
  • Membacakan surah al-Fatihah setiap hari.

BACA JUGA: Ramai Anak-Anak Tersilap, Ini Amalan Yang Harus Dilakukan Jika Rindukan Arwah Ibu Bapa Kita


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd