Now Reading
“Kalau Nak Kaya, Bersetubuh Dengan Anak 7 Kali” – Bapa Tegar Rogol Anak Hingga Hamil & Bunuh 7 Bayi

“Kalau Nak Kaya, Bersetubuh Dengan Anak 7 Kali” – Bapa Tegar Rogol Anak Hingga Hamil & Bunuh 7 Bayi

Suspek dipercayai telah mula merogol anak perempuannya sejak tahun 2013 sehingga 2021 dan menanam kesemua bayi secara hidup-hidup selepas dilahirkan.

Bapa Rogol Anak Sehingga Hamil, Bunuh 7 Bayi Hasil Sumbang Mahram

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Seorang bapa berusia 57 tahun telah ditahan oleh pihak polis selepas didapati terlibat dalam kes pembunuhan tujuh bayi hasil sumbang mahram selepas merogol anak kandungnya.

Memetik laporan Kompas, suspek mengaku telah melakukan sumbang mahram terhadap anak kandungnya dan membunuh kesemua bayi yang dilahirkan secara hidup-hidup sejak tahun 2013 sehingga 2021.

Suspek mendedahkan dia melakukan perbuatan terkutuk itu atas saranan dari seorang bomoh yang ditemui olehnya ketika menjadi buruh binaan di Klaten, Jawa Tengah, Indonesia.

Kalau nak kaya, anda kena bersetubuh dengan anak sebanyak tujuh kali.

Kata-kata bomoh kepada suspek.

Ketika ditanya oleh wartawan sama ada suspek sudah kaya atau belum, jawapannya masih belum mempunyai harta dan wang yang banyak meskipun sudah melakukan saranan bomoh tersebut.

Sumber: Kompas

Difahamkan, suspek tidak mempunyai rumah sendiri dan tinggal bersama anak perempuan berusia 26 tahun di sebuah pondok milik penduduk kampung. Bukan itu sahaja, suspek dikenali sebagai Rudi itu juga pernah beristeri tiga.


Bagaimana Kes Ini Terbongkar?

Jenayah rogol yang dilakukan oleh suspek mula terbongkar pada 15 Jun lalu selepas seorang penduduk terjumpa rangka bayi ketika ingin meratakan tanah di sebuah kebun.

Penduduk kampung yang terkejut dengan rangka ditemui terus membuat laporan kepada pihak berkuasa sebelum pihak polis bertindak menahan Rudi untuk membantu siasatan.

Sumber: detik.com

Pada awalnya, hanya empat rangka bayi ditemui. Namun ketika soal siasat, suspek mendedahkan dia sudah menanam tujuh orang bayi.

Suspek turut mengaku dia telah memperkosa anak perempuannya sejak gadis tersebut berusia 13 tahun.

Perbuatan keji itu dipercayai diketahui oleh si isteri tetapi diugut akan dibunuh jika melaporkannya kepada pihak polis.

Sumber: detik.com

Anak pertama yang dilahirkan pada tahun 2009 telah diberikan kepada orang lain manakala tujuh lagi bayi lain terdiri daripada dua perempuan dan lima lelaki telah ditanam selepas dilahirkan.

Ketua Perhubungan Masyarakat Polda Jawa Tengah, Kombes M Iqbal Alqudusy.

Sumbang Mahram Dilarang Dalam Agama Islam

Memetik sumber dari Mufti Wilayah Persekutuan, agama Islam telah menggariskan syarat-syarat tertentu untuk tidak menikahi atau bersetubuh dengan mahram sendiri kerana ia dikategorikan sebagai salah satu perbuatan sumbang mahram.

Apa yang dimaksudkan dengan mahram atau pertalian darah adalah sebagaimana yang disebutkan di dalam al-Quran:

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالَاتُكُمْ وَبَنَاتُ الْأَخِ وَبَنَاتُ الْأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُم مِّنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُم مِّن نِّسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُم بِهِنَّ فَإِن لَّمْ تَكُونُوا دَخَلْتُم بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلَابِكُمْ وَأَن تَجْمَعُوا بَيْنَ الْأُخْتَيْنِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا

Maksudnya: Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah al-Nisa’: (23)


Seseorang itu tidak sepatutnya menjalinkan hubungan percintaan atau perkahwinan sesama mahram.

Ahli keluarga yang sepatutnya melindungi antara satu sama lain tetapi sebaliknya mengkhianati tugas tersebut malah mencipta kerosakan dalam keluarga sendiri adalah berdosa besar di sisi agama Islam.

BACA JUGA: Bapa Dipenjara 428 Tahun & 240 Sebatan Kerana Jadikan 2 Anak Kandung Hamba Seksual

BACA JUGA: Ibu Didakwa Lakukan Amang Seksual Pada 2 Anak Lelaki, Arah Rakam Video Pornografi Kanak-Kanak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd