Now Reading
Bapa Dipenjara 428 Tahun & 240 Sebatan Kerana Jadikan 2 Anak Kandung Hamba Seksual

Bapa Dipenjara 428 Tahun & 240 Sebatan Kerana Jadikan 2 Anak Kandung Hamba Seksual

Rahsia gelap tertuduh ini hanya ditemui oleh isterinya selepas dia terlihat suaminya sedang merogol anak keduanya yang kini berusia 15 tahun dalam kejadian terbaru pada 5 September lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seorang bapa berusia 56 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara selama 428 tahun dan juga 240 sebatan selepas didapati bersalah melakukan seks luar tabii, amang seksual fizikal terhadap dua orang anak perempuannya yang berusia di bawah umur.

Bukan itu sahaja, bapa tersebut juga didakwa pernah membuat ancaman untuk membunuh isteri dan anak-anaknya.

Hukuman tersebut dikenakan oleh Hakim Mahkamah Sesi Ayer Keroh Nariman Badruddin selepas bapa berkenaan mengekalkan pengakuan bersalahnya terhadap semua 28 pertuduhan yang dikenakan kepadanya.

Walau bagaimanapun, hukuman penjara dilakukan serentak secara berperingkat dan menjadikan tertuduh akan menjalani hukuman penjara selama 45 tahun dan maksimum 24 sebatan.

Kesalahan tersebut tertuduh di bawah Seksyen 376 (3), Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Seksyen 377CA Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 (a) Kesalahan Seksual Terhadap Akta Kanak -kanak 2017.

Dalam prosiding yang berasingan, tertuduh didakwa dengan hukuman penjara dua tahun kerana ancaman yang dilakukan terhadap isteri dan dua anak perempuannya.

Sumber: Berita Harian

Isteri nampak depan mata suami sedang rogol anak perempuan

Memetik laporan Berita Harian, tertuduh mula melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya itu kepada anak-anak perempuannya ketika mereka baru berusia 12 tahun.

Tertuduh didakwa merogol anak perempuannya yang kini berusia 19 tahun sebanyak 13 kali antara 24 September 2015 dan 31 Disember 2018.

Dia didakwa atas lapan pertuduhan merogol anak perempuannya yang kini berusia 15 tahun dan lima pertuduhan kerana memasukkan objek ke dalam alat sulit mangsa.

Tertuduh juga didapati bersalah atas satu pertuduhan melakukan kesalahan seks luar tabii terhadap mangsa.

Tertuduh yang mempunyai dua orang isteri dikatakan telah melakukan perbuatan tersebut di setiap ruang dalam rumah termasuklah di tangga, sofa ruang tamu dan bilik tidur mangsa.

Rahsia gelap tertuduh ini hanya ditemui oleh isterinya selepas dia terlihat suaminya sedang merogol anak keduanya yang kini berusia 15 tahun dalam kejadian terbaru pada 5 September lalu.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Berita Harian)

Mangsa sudah tidak percaya dan benci kepada lelaki

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari membuat pendakwaan agar pesalah dikenakan hukuman berat selepas mengambil kira perbuatan yag dilakukan kepada kedua-dua mangsa.

Selepas apa yang berlaku, mangsa berusia 19 tahun meluahkan dia tidak lagi percaya malah membenci lelaki seusia dengan bapanya walaupun mereka baik kepadanya.

Mangsa kedua pula menyatakan dia hampir tidak waras apabila memikirkan perbuatan keji bapanya yang menggunakan pelbagai ugutan dan helah untuk memaksanya membuat perbuatan tidak senonoh walaupun ibunya sedang berada di rumah.

Ada kala mangsa dipaksa membuat seks di bilik tingkat atas sementara ibu mereka sedang berada di dapur tingkat bawah.

Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari 

Tertuduh rayu hukuman diringankan atas faktor kesihatan

Tertuduh yang tidak diwakili oleh peguam menyatakan rasa insaf atas segala perbuatannya dan membuat permohonan maaf kepada isteri serta anak-anak.

Pada masa sama, bapa berkenaan membuat rayuan kepada mahkamah untuk mengurangkan hukuman yang dikenakan kepadanya atas faktor kesihatan kerana dia dipercayai menghidap penyakit jantung, darah tinggi, diabetes, sakit kulit kronik dan masalah tulang belakang.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd