Now Reading
“Kereta Polis Depan Rumah” – Fahmi Fadzil Tegur Penonton Live TikTok, Elak Komen Berunsur Hasutan

“Kereta Polis Depan Rumah” – Fahmi Fadzil Tegur Penonton Live TikTok, Elak Komen Berunsur Hasutan

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menegur penonton ‘live’ TikTok untuk tidak mengeluarkan komen berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan rakaman ketika Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil membuat ‘live’ di akaun TikTok bersama beberapa pengguna yang lain.

Namun, sesi ‘live’ selama dua jam itu dikatakan dipenuhi dengan komen-komen netizen yang mengkritik tugasnya dan juga mempersoalkan dasar kerajaan.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen juga diperhatikan telah memberi komen dengan menyentuh isu sensitif iaitu berkaitan kaum, agama dan institusi diraja yang juga disebut sebagai 3R.


Fahmi Fadzil Bakal Ambil Tindakan Jika Ada Netizen Sengaja Muat Naik Komen Berunsur Hasutan

Tindakan sesetengah netizen yang mengeluarkan komen berunsur hasutan itu membuatkan Fahmi menegur mereka dikatakan dengan cara mengancam akan ‘ditangkap’ oleh pihak polis kerana mendakwa perbuatan mereka sedang diperhatikan.

Semua anda yang masuk ke ‘live’ saya dan mengeluarkan kenyataan ini, anda sedang dipantau oleh pihak berkuasa. Jangan marah saya kalau ada panggilan nanti atau ada radio car yang singgah di rumah anda. We are monitoring. Behave yourself.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Rakaman video semasa ‘live’ tersebut juga telah dimuat naik semula oleh pengguna Twitter (@NaratifRakyat).


Syed Saddiq Beri Pandangan Tentang ‘Ugutan’ Dari Menteri Komunikasi Dan Digital

Isu yang tular ini mendapat perhatian Presiden merangkap ahli Malaysia United Democratic Alliance (MUDA), Syed Saddiq menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Twitter miliknya (@SyedSaddiq).

Menurutnya, dia menganggap kebebasan suara yang diagungkan kini bertukar sebaliknya apabila pengkritik kerajaan di TikTok didakwa telah diugut.


Fahmi Fadzil Beri Penjelasan Sebenar Tentang Apa Yang Berlaku

Memetik laporan Free Malaysia Today, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu tampil menafikan dakwaan tentang dirinya yang mengancam penonton ketika siaran ‘live’ di TikTok kerana menyiarkan komen mengkritik dirinya serta kerajaan.

Jelas beliau, penonton hanya diingatkan supaya tidak mengeluarkan komen berunsur provokasi berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R).

Berkenaan dengan 3R, semua yang saya katakan masih tetap sama dan perkara ini juga dikatakan oleh Menteri Dalam Negeri sendiri iaitu Saifuddin Nasution Ismail. Saya nak beri peringatan kepada semua orang supaya tidak memuat naik komen menghasut berkaitan 3R untuk tujuan politik.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Tambahnya lagi, dia tidak akan bertindak melebihi kuasa atau undang-undang, apatah lagi untuk melampaui batas.

Saya hanya menjalankan tugas yang diamanahkan, jika undang-undang tegas dan keras, maka tegas dan keraslah saya.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Pada bulan Mac lalu, Fahmi berkata pindaan yang dibuat kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588) dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988 (Akta 589) boleh membantu untuk membendung isu berkaitan 3R.

BACA JUGA: Fahmi Fadzil Terkilan Lepas Tahu Ramai Anak Kecil ‘Tercemar’ Dengan Fitnah Kepada Pakatan Harapan (PH)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd