Now Reading
Fahmi Fadzil Terkilan Lepas Tahu Ramai Anak Kecil ‘Tercemar’ Dengan Fitnah Kepada Pakatan Harapan (PH)

Fahmi Fadzil Terkilan Lepas Tahu Ramai Anak Kecil ‘Tercemar’ Dengan Fitnah Kepada Pakatan Harapan (PH)

Salah satu tohmahan yang dilontarkan kepada PH adalah murid sekolah perlu memakai kain pendek sekiranya parti tersebut memerintah negara.

PRU15: Fahmi Fadzil Kecewa Lepas Tahu Ramai Anak Kecil 'Tercemar' Dengan Fitnah Kepada Pakatan Harapan (PH)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kempen politik yang aktif dijalankan sebelum hari pengundian pada 19 November lalu telah banyak mencorakkan pemikiran masyarakat termasuklah golongan muda.

Antara platform yang menjadi tumpuan parti politik bagi menarik lebih ramai pengundi muda adalah menerusi media sosial TikTok.

Kalau anda kerap menggunakan aplikasi TikTok, mungkin sesetengah daripada anda akan perasan banyak kempen politik melibatkan golongan anak muda ‘mengajak’ masyarakat untuk mengundi Perikatan Nasional (PN).

BACA JUGA: [Watch] Malaysian Politicians Are Taking Over Tiktok Ahead Of GE15

Fahmi Fadzil Kecewa Pakatan Harapan (PH) Dipandang Serong Oleh Murid Sekolah

Menerusi hantaran dimuat naik oleh calon yang memenangi kerusi Parlimen P.121 Lembah Pantai iaitu Fahmi Fadzil dari parti Pakatan Harapan (PH), beliau berkongsi beberapa gambar menunjukkan luahan hati para ibu bapa.

Beberapa tangkap layar yang dimuat naik di laman Instgram (@fahmifadzil.1) memaparkan kerisauan ibu bapa yang terkejut apabila mendengar persepsi anak-anak mereka yang masih lagi bersekolah tentang PH.

Sumber: MalayMail

Salah satu tohmahan yang dilontarkan kepada PH adalah murid sekolah perlu memakai kain pendek sekiranya parti tersebut memerintah negara.

Selain itu, ada juga ibu bapa yang terkejut dan mula risau apabila anak mereka tiba-tiba bertanya tentang peristiwa 13 Mei.

BACA JUGA: Kongsi Info Tragedi 13 Mei, Sesi Live Fahmi Reza Disekat?

Aku cakap dekat isteri aku, betul la apa yang abang Adeysham Nor cerita. Dekat TikTok penuh dengan video fitnah dan salah faham. Benda ni kalau dibiarkan akan menyebabkan generasi kita yang akan datang lemas dalam doktrin penipuan agama dan perkauman yang tiada asas. Risau aku.

Pengguna Facebook dikenali sebagai Hafiz Azman.

Lebih mengejutkan lagi, salah seorang anak muda berusia 14 tahun menceritakan kepada ibu bapanya bahawa gurunya di sekolah mengatakan Islam akan ‘hilang’ sekiranya memilih PH sebagai pentadbir negara.

Selepas membaca segala fitnah yang didoktrinkan dalam minda anak-anak muda, Fahmi dengan penuh kesal meluahkan kekecewaannya.

Astaghfirullah. Saya sangat kesal dan kecewa membaca apa yang sedang berlaku ini. Jahanam masa depan negara akibat fitnah politik yang mencemari pemikiran anak-anak. Hentikan lah – this must stop. Fitnah dan kebencian ini tidak akan menyelesaikan apa-apa, malah hanya merosakkan perpaduan negara kita.

Fahmi Fadzil.

Tidak salah untuk memberi pendedahan awal kepada anak muda tentang politik tetapi biarlah dengan cara yang betul tanpa perlu memburukkan mana-mana pihak.

Politik sepatutnya mematangkan minda seseorang dan bukannya dengan cara menunjukkan parti mana yang lebih buruk.

Sekiranya doktrin kotor ini disuntik dalam minda anak-anak muda, risau sekiranya ia boleh merosakkan perkembangan politik pada generasi akan datang.

BACA JUGA: PRU15: Calon PAS Ustaz Fawwaz ‘Dicari’ Ramai Lepas Berjaya Tumpaskan Nurul Izzah Di Permatang Pauh

BACA JUGA: [Terkini] Ismail Sabri Perjelas BN Tak Akan Sokong PN Atau PH


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd