Now Reading
PMX Digesa Tampil Mohon Maaf Selepas Tular Gurauan Minta Nombor Telefon Pelajar

PMX Digesa Tampil Mohon Maaf Selepas Tular Gurauan Minta Nombor Telefon Pelajar

Ramai pihak berpendapat tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergurau mahu meminta nombor telefon pelajar Tingkatan Enam sebagai salah satu bentuk gangguan seksual.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Pada 24 Jun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghadiri satu program Temu Siswa di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Ketika program tersebut, seorang pelajar perempuan Tingkatan Enam dikenali sebagai Adriana tampil mengajukan soalan kepada Anwar.

Namun selepas soalan tersebut diajukan, Anwar memuji cara pelajar tersebut melontarkan soalan lalu beliau membuat gurauan ingin meminta nombor telefon pelajar berkenaan.

Saya bangga dengan Adriana ni, tingkatan enam pun tanya soalan begitu kemas. Kalau saya muda, saya dah minta nombor telefon dah. Okay bergurau je, Azizah sedang menonton ni.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

‘Gurauan’ Anwar Ibrahim Minta Nombor Telefon Pelajar Wanita Bikin Rakyat Malaysia Kurang Senang

Tindakan Anwar berseloroh meminta nombor telefon pelajar perempuan Tingkatan Enam itu telah mendapat perhatian ramai termasuklah ahli politik dari parti MUDA dan Bersatu.

Mereka juga beranggapan bahawa perbuatan tersebut tidak wajar dilakukan.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh Timbalan Presiden Parti Ikatan Muda Malaysia Amira Aisya Abdul Aziz di laman Twitter miliknya (@_amiraaisya), dia berpendapat gurauan sedemikian tidak menghiburkan dan boleh menimbulkan rasa tidak selesa kepada golongan wanita.

Tambahnya lagi, Anwar merupakan individu yang berpengaruh di Malaysia sepatutnya hanya memuji pelajar berkenaan tanpa perlu mengeluarkan kenyataan berunsur seksis.

Susulan itu, Amira meminta Anwar untuk tampil membuat permohonan maaf atas perbuatannya itu.

Malangnya, kebanyakan lelaki berfikir tindakan mereka itu kelakar. Anwar Ibrahim perlu minta maaf secara terbuka sebagai contoh kepada golongan lelaki di luar sana. Fahamkan mereka bahawa perbuatan itu tidak sepatutnya dilakukan.

Timbalan Presiden Parti Ikatan Muda Malaysia Amira Aisya Abd Aziz.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang dan Perlembagaan Bersatu Sasha Lyna Abdul Latif dalam satu kenyataan di laman Facebook (Sasha Lyna) juga berpendapat situasi yang berlaku kepada pelajar wanita berusia 18 tahun itu tidak sopan dilakukan oleh seorang Perdana Menteri.

Malah, dia juga mempersoalkan jika kenyataan sama diberikan sekiranya pertanyaan yang diajukan datang dari pelajar lelaki.

Dalam apa jua keadaan, situasi ini tidak boleh diterima lebih lebih lagi semasa forum yang ditayangkan secara umum kepada orang ramai. Contoh apa yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri ini untuk anak muda?

Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang dan Perlembagaan Bersatu, Sasha Lyna Abdul Latif.

Berikutan itu, Sasha juga meminta agar Anwar membuat permohonan maaf atas tindakannya berguraun mahu meminta nombor telefon pelajar perempuan.


Adakah Tindakan Anwar Ibrahim Itu Dianggap Sebagai Gangguan Seksual?

Di media sosial, terdapat perdebatan dalam kalangan masyarakat sama ada situasi yang sedang hangat ini merupakan salah satu bentuk gangguan seksual.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Twitter sebuah organisasi (@Women in Power), mereka bertegas dalam solidariti terhadap Timbalan Presiden Muda Amira Aisya kerana menyelar kelakuan Anwar yang didakwa tidak bersesuaian.

Gangguan seksual adalah satu istilah yang sangat luas kerana ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dari segi lisan dan fizikal.

Secara umumnya, perbuatan itu tidak disenangi oleh individu terbabit kerana boleh mendatangkan unsur menakutkan, memalukan, menyinggung perasaan dan boleh mencabul maruah individu terlibat.

Sesetengah netizen juga memberikan pendapat mereka bahawa perbuatan dilakukan oleh Anwar itu yang dianggap sebagai jenaka adalah salah satu bentuk gangguan seksual.

Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang tidak menganggap perbuatan itu sebagai bentuk gangguan seksual.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd