Teringin Nak Buka Kafe ‘Outdoor’? Ini Cabaran Yang Anda Mungkin Perlu Hadapi
Malah, ada pelanggan menganggap kafe ‘outdoor’ ini tidak seharusnya menawarkan harga yang mahal kerana mereka tidak perlu membayar sewa tapak.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Kalau diajak pergi ‘cafe hunting’, mesti ramai yang terus berminat. Maklumlah, aktiviti ini boleh dikatakan menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Ada banyak kafe best untuk anda terokai bersama rakan dan ahli keluarga. Kepada mereka yang sudah tepu berkerja dari rumah (Work From Home), boleh juga ‘ubah angin’ dengan buat kerja di luar pula.
BACA JUGA: Ini 10 Kafe Work-Friendly Untuk Geng ‘Digital Nomad’. Yang Penting WiFi Laju!
Pemilik Dedah Cabaran Buka Kafe ‘Outdoor’
Hobi ‘cafe hunting’ ini yang mendapat permintaan tinggi dari rakyat Malaysia menjadi semangat kepada beberapa individu untuk membuka kafe mereka sendiri.
Selain kafe berpenghawa dingin, kafe ‘outdoor’ juga banyak dibuka dan menarik ramai pelanggan yang mahukan suasana berangin di kawasan terbuka.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (@RMMursyid) berkongsi beberapa cabaran yang berkemungkinan dihadapi oleh pemilik kafe ‘outdoor’.
Antaranya:
1. Cabaran Buka Kafe ‘Outdoor’: Kehadiran Serangga Dan Binatang Perosak

Antara serangga yang akan kerap dilihat di kawasan terbuka adalah seperti nyamuk. Macam-macam cara yang dibuat untuk membunuh haiwan ini seperti membakar karah telur dan memasang ubat nyamuk.
Kewujudan haiwan serangga ini boleh mengganggu pelanggan yang ingin bersantai sambil menikmati hidangan.
Bercakap tentang haiwan perosak seperti tikus pula, ia turut menjadi isu apabila sering berada di kawasan bawah tanah. Nak buat ‘pest control’ juga memakan kos.
Kehadiran kucing yang kerap membuang najis sesuka hati boleh mengganggu kebersihan di kawasan kafe.
2. Cabaran Buka Kafe ‘Outdoor’: Cuaca Tidak Menentu

Cuaca merupakan satu perkara yang tidak dapat dikawal. Kalau hujan atau suhu terlalu panas, rata-rata pelanggan akan memilih kawasan yang lebih tertutup dan berpenghawa dingin.
Ini kerana kebanyakan kafe ‘outdoor’ ini tidak mempunyai tempat untuk pelanggan mereka berlindung dengan selamat.
Malah, ada juga sesetengah pelanggan yang memilih untuk ‘cancel’ pesanan mereka apabila hujan lebat.
3. Cabaran Buka Kafe ‘Outdoor’: Persepsi Pelanggan Tentang Harga Menu

Segelintir pelanggan mempunyai tanggapan bahawa kafe ‘outdoor’ ini perlu menawarkan harga lebih murah kerana tidak berpenghawa dingin dan mempunyai ‘setup’ kafe yang biasa di tempat lain.
Malah, ada juga pelanggan yang mendakwa pemilik kafe ‘outdoor’ ini tidak seharusnya mengenakan caj mahal kepada para pelanggan kerana tidak perlu membayar sewa tapak.
4. Cabaran Buka Kafe ‘Outdoor’: Pengeluar

Selain itu, syarikat pengeluar juga sukar untuk percaya kepada pemilik yang membuka kafe ‘outdoor’ dan akan bertanya pelbagai jenis soalan seperti jumlah jualan serta purata pelanggan yang datang.
Bagi pemilik kafe ini, beliau juga terpaksa mengambil masa sehingga satu tahun untuk mendapat kepercayaan dari syarikat pengeluar.
5. Cabaran Buka Kafe ‘Outdoor’: Lokasi

Apabila anda menyertai acara yang dianjurkan oleh beberapa pihak dan pengunjung bertanya tentang lokasi kafe anda, mungkin ada yang agak ragu-ragu apabila diberitahu lokasi anda berada di kawasan terbuka seperti di hadapan rumah.
Reaksi mereka mungkin berubah dan kelihatan hilang percaya atau tidak berminat tentang kafe ‘outdoor’ anda.
Walaupun pelbagai cabaran mendatang, anggaplah ia sebagai pengalaman yang mematangkan anda.
Percayalah, setiap perniagaan pasti ada naik turunnya. Semoga peniaga di luar sana tetap kuat dan bersabar dengan sagala cabaran. Goodluck!
Buat business outdoor cafe ni mmg best. Ramai yang kata nak buka jugak satu hari nanti.
— Raja Mursyid (@RMMursyid) May 28, 2023
Tapi tak ramai yang tahu betapa susah nya outdoor cafe ni.
Meh aku terangkan sikit cabaran yang korang akan lalui pic.twitter.com/xlSOOZbshD
Kafe ‘Outdoor’ Yang Anda Patut Cuba Di Sekitar Lembah Klang
Kepada anda yang mahu mencuba bersantai dengan rakan-rakan di kafe ‘outdoor’ sambil berbual tentang masa hadapan, ada banyak kafe yang kami boleh cadangkan di sekitar Lembah Klang.
Antaranya:
- Bluum, Setiawangsa.
- Biru by Feebay, Sri Hartamas.
- Kedai Kopi Kampung, Gombak.
- Gabong Coffee, Puchong.
BACA JUGA: Kafe Di Bukit Bintang Ini Akan Buat Anda Teruja Dengan Reka Bentuk Dalamannya. Unik!
BACA JUGA: Ini 5 Kafe Estetik & Instagramable Baharu Di KL. Nak #OOTD Pun Boleh!
BACA JUGA: Yard & Co, Kafe Tepi Laut Estetik & Cool Di Pengerang, Johor [Review]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.