Now Reading
Yard & Co, Kafe Tepi Laut Estetik & Cool Di Pengerang, Johor [Review]

Yard & Co, Kafe Tepi Laut Estetik & Cool Di Pengerang, Johor [Review]

Kafe kaca estetik, Yard & Co di Pengerang, Johor ini menawarkan pemandangan laut yang menawan untuk para pelanggan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


“COFEE. FOOD & GOOD DAY.”

Yard & Co merupakan sebuah kafe estetik yang membolehkan pelanggan menjamu selera dengan menikmati pemandangan laut diikuti dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Memang mesmerized!

Kalau nak vibes yang tenang sambil bersama dengan rakan-rakan, keluarga, ataupun yang tersayang, bolehlah datang ke Yard & Co ini.

Walaupun ianya terletak di lokasi yang agak jauh daripada Bandar Johor, percayalah, perjalanan anda akan ‘ditemani’ dengan pemandangan indah dan menenangkan.

Team TRP sudah merasai sendiri pengalaman menikmati hidangan di kafe Yard & Co ini. Dan apa yang kami boleh beritahu adalah: Worth. Every. Penny.


Yard & Co, Pengerang, Johor.

Sebelum itu, jom kami tunjukkan serba sedikit hiasan dalaman kafe ini.

Kafe kaca estetik, Yard & Co ini menawarkan pemandangan laut di Pengerang, Johor untuk para pelanggan.
(Kredit: Siti Murni/TRP)
Sambil makan, minum, atau menikmati hidangan kek, bolehlah ‘tenang’ sikit tengok laut.
(Kredit: Siti Murni/TRP)
Ada juga ruangan untuk tangkap gambar dan disimpan sebagai memori di Yard & Co.
(Kredit: Siti Murni/TRP)
(Kredit: Siti Murni/TRP)
(Kredit: Siti Murni/TRP)

Kebiasaannya, kafe-kafe seperti ini akan dijumpai di negara luar iaitu Australia. Hiasan dalaman/interior kafe ini mengekalkan konsep minimalist. Daripada apa yang kami lihat, Yard & Co memilih warna tanah dan perabot yang diperbuat daripada buluh dan rotan.

(Kredit: Siti Murni/TRP)
(Kredit: Siti Murni/TRP)
(Kredit: Siti Murni/TRP)

Kafe ini bukan sahaja sesuai untuk anda menikmati hidangan bersama rakan-rakan, malah boleh juga dijadikan sebagai lokasi untuk mengambil gambar-gambar ‘Instagramable’!

Lepas makan, boleh keluar dari kafe dan ambil gambar di bahagian luar pula.

(Kredit: Siti Murni/TRP)
(Kredit: Yard & Co)

WARNING: Pastikan kosongkan memori telefon anda terlebih dahulu sebelum datang ke kafe Yard & Co ini. Telefon kami hampir penuh memori disebabkan terlalu banyak gambar yang diambil. Mana tidaknya, di KL mana nak jumpa kafe tepi laut macam ini kan. 😀


Menu Menarik Di Kafe Yard & Co.

Bila dah teruja sangat dengan hiasan dalaman dan lokasi kafe ini, sampai terlupa untuk pesan makanan. Tapi jangan risau, bila tengok je menu di Yard & Co ini, memang pelbagai jenis menu ditawarkan.

Kalau nak makan ringan-ringan, makan berat, pencuci mulut, minum-minum kopi masa petang, kombucha semuanya ada. Ini pun salah satu soalan yang sukar juga, ‘Nak Makan Apa?’.

(Kredit: Siti Murni/TRP)

Pilihan kami adalah:

  • Yard Breakfast.
  • Ahma’s Bowl.
  • Cheesy Bacon Fries.
  • Double Chocolate Hangover (pencuci mulut).
  • Iced Chocolate.
  • Iced Passion Peach.
(Kredit: Siti Murni/TRP)

Harga pula adalah berpatutan dengan portion, lokasi dan pengalaman yang ditawarkan ini, kami tak rasa ianya mahal. Berbaloi untuk datang sekali-sekala. Kalau datang hari-hari itu lainlah ya.

Nak tahu sedap atau tidak? Baca honest review kami ini:

Ahma’s Bowl.

Ahma’s Bowl.
(Kredit: Siti Murni/TRP)

Ahma’s Bowl ini adalah salah satu menu di bawah kategori ‘Rice Bowl’. Ia merupakan hidangan yang diperbuat daripada dried shrimp shiitake rice, sos cili udang kering yang rangup, telur, ayam goreng, dan seaweed.

Apabila dicampurkan kesemuanya, anda akan mula dapat merasakan sos cili udang yang akan ‘overpower’ hidangan ini. Kepedasan sos cili udang diikuti dengan ayam goreng akan membuatkan hidangan ini lebih ‘balance’.

Kalau tak suka makan hidangan Korea atau Jepun, jangan order. Nanti membazir pula.

Kami bagi rating 7.5/10 untuk hidangan Ahma’s Bowl.

Yard Breakfast.

Yard Breakfast.
(Kredit: Siti Murni/TRP)

Yard Breakfast ini dihidangkan dengan beef bacon, scrambled egg, sourdough, baked beans, tomato ceri, button mushrooms, sosej ayam. Sama seperti hidangan menu Big Breakfast di mana-mana, menu ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Kalau rasa nak makan waktu malam pun boleh.

Untuk hidangan ini kami beri rating 8/10.

Cheesy Bacon Fries.

Cheesy Bacon Fries.
(Kredit: Siti Murni/TRP)

Menu Cheesy Bacon Fries ini hanya untuk kudapan sahaja ya. Fries yang dihidangkan agak mengenyangkan dan kalau makan banyak pun akan muak. Mujur juga ditaburkan dengan bacon di atas, bolehlah ada rasa yang unik sikit. Nak cicah dengan cheesy sos pun sedap juga.

Untuk hidangan ini kami beri rating 7.5/10.

Double Chocolate Hangover.

Double Chocolate Hangover.
(Kredit: Siti Murni/TRP)

Menu pencuci mulut Double Chocolate Hangover ini dihidangkan dengan aiskrim vanilla dan dark chocolate sauce. Dah macam kek coklat banjir. Bila makan, rasanya memang kaya dengan dark chocolate. Puas betul lebih-lebih lagi dinikmati dengan aiskrim vanilla. Marvelous!

Untuk hidangan ini kami beri rating 8.5/10.

Sekian, review dari kami. 🙂


Yard & Co, Pengerang Johor.

  • Alamat: 4785, 1, Jalan Siakap, Kampung Sungai Rengit, 81600 Pengerang, Johor.
  • Waktu Beroperasi: 12 PM – 9 PM (Tutup setiap hari Isnin)

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd