Now Reading
Kafe Di Bukit Bintang Ini Akan Buat Anda Teruja Dengan Reka Bentuk Dalamannya. Unik!

Kafe Di Bukit Bintang Ini Akan Buat Anda Teruja Dengan Reka Bentuk Dalamannya. Unik!

Nak bekerja secara ‘remote’ di kafe ini pun boleh, sangat selesa dan tenang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bercakap tentang kafe, rata-rata golongan wanita bekerja mahupun pelajar sukakan tempat yang membolehkan mereka menikmati makanan dan minuman sedap, harga berpatutan, bersantai sambil mengambil gambar di kafe yang dikunjungi.

Kaki kafe hunting di luar sana pasti tahu.

Kalau nak cari kafe unik dan menarik perhatian, selalunya bukan di tepi jalan atau di dalam pusat membeli-belah – malah kafe unik sering berada di lokasi yang agak sukar untuk ditemui.

‘Hidden-gem’ lah katakan.


Team TRP baru jumpa kafe best!

Kami ‘in the mood’ untuk menerokai kafe baharu di kawasan Bukit Bintang. Pada mulanya, kami jalan-jalan sahaja di kawasan tersebut, lepas itu ternampak kafe menarik di tempat yang agak tertutup.

Ingatkan kawasan rumah, rupanya kafe iaitu Elephant Republic.

Nama pun dah menarik. Bila masuk, lagi bertambah teruja dengan reka bentuk dalaman dan apa yang ditawarkan oleh kafe ini.

Pintu masuk pun dah membuatkan kami teruja dan nak tangkap gambar banyak-banyak.
(Kredit: Siti Murni/TRP)

Kafe ini baru sahaja dibuka pada Disember 2021.

Patutlah ramai yang masih belum tahu kewujudan kafe ini, kalau tidak pasti dah pelanggan yang beratur di luar.

Tapi satu je lah, mereka tiada hidangan makanan. Elephant Republic menawarkan air signature dan juga beberapa pilihan pastri untuk dijadikan sebagai hidangan sampingan.

Antara makanan dan minuman yang kami order.
(Kredit: Siti Murni/TRP)

Disebabkan kami pertama kali jejak kaki di kafe ini, bila tengok menu mesti pening tak tahu nak order apa. Jadi, benda paling senang adalah untuk bertanyakan kepada pekerja di kaunter – mana satu minuman ‘signature’ mereka?

Pendek kata, minuman paling disyorkan untuk cuba.

Taraa, kami pun order Coconut Milk Ice Blended dan Keto Bullet Proof Coffee!

Not bad.
(Kredit: Siti Murni/TRP)

Lain orang, lain citarasa.

Kalau kami rasa kedua-dua minuman yang disyorkan ini, kami dah puas hati. Rasanya memang betul-betul ‘absolute’. Yang ada kelapa, memang rasa betul macam minum air coconut-based.

Kopi mereka pun not bad, boleh bagi emoji *chef kiss*.


Reka bentuk dalaman memang on-point!

Untuk anda yang suka bekerja secara ‘remote’ di kafe-kafe baharu, boleh cuba buat kerja di kafe ini. Selesa sangat, plug-point pun ada di bawah kaki je.

Suasana pun tenang dan tidak bising.

Kredit: Siti Murni/TRP
Kredit: Siti Murni/TRP

Kalau teringin nak pergi, kami sediakan lokasi kafe ini di bawah:

  • Alamat: 7 Jalan Rembia, Off Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
  • Waktu Operasi: Rabu – Isnin, 11am-8pm (tutup Selasa).

BACA JUGA: 7 Starbucks Di Pulau Penang Dengan Konsep Unik & ‘Extraordinary’


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd