Tular Dakwaan Mahu Halau Penumpang Dari Kapal Terbang Kerana Tak Pakai Seatbelt, Ini Respon Dari MYAirline
Kru kabin penerbangan MYAirline itu memberitahu mereka tidak boleh memberi tali pinggang tambahan kerana kanak-kanak itu sudah berusia dua tahun.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Kanak-kanak yang masih kecil ada kalanya akan meragam apabila mereka tidak selesa atau tidak mahu melakukan sesuatu perkara.
Kebiasaannya, dalam situasi ini kanak-kanak akan menangis dengan kuat dan menggerakkan tubuh badan mereka dengan agresif.
BACA JUGA: Anak Asyik Tantrum? Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Elak Si Kecil Cepat Meragam
Situasi ini turut berlaku kepada salah seorang penumpang syarikat penerbangan tempatan, MYAirline apabila anaknya meragam ketika kapal terbang mahu berlepas ke destinasi.
Penumpang Mendakwa Mereka Hampir Dihalau Kerana Anak Tantrum Ketika Kapal Terbang MYAirline Mahu Berlepas
Baru-baru ini, tular satu insiden menerusi hantaran Facebook (Fear Dawooz) yang dimuat naik oleh seorang bapa ketika dia sekeluarga ingin berlepas menaiki kapal terbang MYAirline.
Namun, anak kecilnya dikatakan mula meragam dan menangis apabila dia tidak mahu memakai tali pinggang keselamatan pada kerusi tempat duduk yang diwajibkan kepada para penumpang sebelum berlepas.
Disebabkan itu, lelaki ini meminta ‘infant belt’ kepada kru kabin untuk membolehkan isterinya meriba anak mereka ketika berlepas.
Malangnya, kru kabin tidak mahu memberikan ‘infant belt’ tersebut dan menyebabkan si kecil berusia dua tahun itu meronta-ronta untuk bangun dan duduk di atas riba ibunya.
Tiba time untuk cabin crew check semua passenger, salah sorang tanya dekat wife aku, ‘anak puan ada seat ke?’. Wife aku pun reply ‘ada. Tapi boleh tak u bagi infant punya belt sbb anak I menyusu badan n takut dia tak boleh duduk diam dekat seat dia sbb dia baru 2 tahun’. Maka dia pun refer pada crew leader dan datang semula bagitau ‘tak boleh puan, 2 tahun ke atas kena duduk di seat’.
Fear Dawooz.
Situasi itu yang berlaku ketika kapal terbang sudah mahu bergerak membuatkan kru kabin datang semula ke arah pasangan suami isteri ini untuk menyuruh si kecil berada di tempat duduknya.
So lagi sekali, aku pula yang mintak benda yang sama iaitu infant belt atau seat belt extender yang diorang ada iklankan dekat page diorang baru-baru ni. Menyedihkan, diorang tetap taknak bagi dan dia keep repeating ‘this is our policy’.
Fear Dawooz.
Difahamkan juga, kru kabin tetap meneruskan prosedur keselamatan kepada para penumpang lain seperti biasa tanpa menghiraukan tangisan anaknya yang dikatakan sudah hampir 20 minit.
Tidak lama selepas itu, ketua kabin datang kepada lelaki ini dan nada keras menyuruh si bapa untuk memakaikan tali pinggang kepada anaknya.
Kali ni, chief’s cabin crew sendiri datang dan cakap ‘encik, anak encik kena duduk dengan seat belt, kalau tak kapal tak boleh nak take off’ dengan nada yang agak keras macam takde apa-apa yang berlaku. Aku pun balas, ‘bukan saya sengaja, anak saya kecik lagi, kena ambil masa lah. U pun tengok sendiri kan? Sebab tu I mintak u bagi infant belt tapi u tak nak bagi’.
Fear Dawooz.
Dakwa individu ini lagi, tanpa mempedulikan situasi anaknya, ketua kabin kemudian menghubungi juruterbang dan memaklumkan perkara yang berlaku.
Kemudian, juruterbang membuat pengumuman menyuruh penumpang yang tidak mahu memakai tali pinggang untuk segera melakukannya atau mereka akan memanggil pihak keselamatan untuk dihalau dari kapal terbang.
Masa ni la saat paling bersejarah dan memalukan dalam hidup aku dan wife bila mana lepas je crew tadi letakkan phone, serta merta kapten kapal announced ‘to passenger seating on row **, please give your cooperation to remain seated or else, we will call our ground security to DISSEMBARK YOU FROM THE PLANE’.
Fear Dawooz.
Situasi tersebut membuatkan pasangan suami isteri ini agak terkejut dengan sedih dengan layanan kru kabin MYAirline.
Tiba-tiba, seorang kru kabin dikenali sebagai Sharma menghampiri mereka dan meminta maaf atas apa yang berlaku dengan nada sopan serta lemah lembut.
Aku sangat berterima kasih pada salah sorang crew dalam tu yang datang selepas tu dan bercakap sangat polite dan faham situasi kitorang dengan mintak maaf sebab pihak dia tak boleh provide cuba pujuk chief yang sombong tu untuk bagi infant seat belt untuk memudahkan urusan take off tapi malangnya dia tetap tak benarkan.
Fear Dawooz.
Akhirnya, kapal terbang untuk berlepas dalam keadaan anaknya menangis tanpa henti sambil ditahan oleh isterinya di tempat duduk yang disediakan.
Malah, mereka juga diminta oleh pihak keselamatan untuk memadam video yang direkod olehnya ketika insiden tersebut. Tetapi lelaki ini enggan melakukannya untuk menyimpan bukti.
MYAirline Beri Respon Tentang Kejadian Yang Berlaku
Insiden yang berlaku ini mula tular di media sosial dan mendapat perhatian daripada pihak MYAirline sendiri.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook mereka (MYAirline), pihak mereka memohon maaf atas pengalaman yang kurang memuaskan kepada penumpang yang terlibat.
Mereka turut menjelaskan tentang polisi pemakaian tali pinggang keselamatan tambahan untuk bayi sejajar dengan keperluan keselamatan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Berdasarkan garis panduan CAAM, wajib bagi kanak-kanak berusia 24 bulan dan ke bawah untuk dipangku oleh penjaga dan memakai tali pinggang keselamatan tambahan. Walau bagaimanapun, kanak-kanak berusia 24 bulan dan ke atas harus memakai tali pinggang keselamatan di tempat duduk mereka untuk tujuan keselamatan.
MYAirline.
MYAirline dalam kenyataan sama turut memaklumkan pihak mereka kini sedang mengenal pasti dan menyiasat perkara sebenar yang berlaku.
Susulan daripada penyiasatan yang sedang dijalankan, kami komited untuk belajar daripada pengalaman ini untuk perbaiki lagi mutu perkhidmatan kami dan memastikan pelancongan yang positif untuk semua penumpang.
MYAirline.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.