Now Reading
Ibu Bapa Bengang Lihat Juadah Raya Murid Sekolah Dihidang Dalam Besen

Ibu Bapa Bengang Lihat Juadah Raya Murid Sekolah Dihidang Dalam Besen

Ibu bapa menjadi lebih bengang apabila mereka diwajibkan untuk membayar RM5 tetapi juadah jamuan raya anak-anak mereka di sekolah dihidangkan di dalam besen.

Ibu Bapa Bengang Lihat Juadah Raya Murid Sekolah Dihidang Dalam Besen

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Setiap kali tiba perayaan Hari Raya Aidilfitri, pasti ramai yang akan membuat rumah terbuka dan menjemput ahli keluarga dan rakan-rakan.

Sambutan ini juga kebiasaannya diraikan di sekolah menerusi penganjuran jamuan hari raya.

Waktu inilah murid-murid dapat bersiap cantik memakai baju raya mereka dan membawa juadah masing-masing dari rumah untuk dikongsikan bersama rakan sekelas.


Makanan Raya Murid Sekolah Dipercayai Dihidangkan Dalam Besen Buat Ramai Ibu Bapa Tidak Puas Hati

Namun, jamuan raya di sebuah sekolah menjadi kontroversi selepas beberapa tangkap layar di dalam WhatsApp tular di media sosial ketika ia dimuat naik di laman Instagram (@mynewshub).

Menerusi beberapa gambar yang dimuat naik, menu raya yang berkuah itu dihidangkan kepada murid-murid di dalam besen ketika jamuan raya di sebuah sekolah di bandar.

Situasi ini membuatkan ibu bapa yang melihatnya agak kurang senang kerana menganggapnya seperti tidak beretika. Ini kerana besen kebiasaanya digunakan di dalam tandas untuk merendam baju kotor dan sebagainya.

Lebih membuatkan ibu bapa para murid bengang adalah apabila mereka diwajibkan untuk membayar RM5, namun bayaran tersebut seolah-olah tidak berpatutan dengan apa yang dihidangkan kepada anak-anak mereka.


Ramai Netizen Juga Beri Respon Kurang Senang Dengan Hidangan Raya Di Dalam Besen

Perkongsian tersebut turut mendapat banyak reaksi negatif dari netizen yang melihat gambar hidangan jamuan raya murid sekolah dihidangkan di dalam besen.

Tetapi ada juga memberi pendapat bahawa ibu bapa tidak boleh mengharapkan sesuatu yang gah dengan hanya membayar RM5 untuk jamuan hari raya.

Malah, ada juga salah seorang murid di sekolah itu yang meluahkan rasa kurang selesa dengan hidangan yang diletakkan di dalam besen.

Dalam pada itu, seorang individu tampil memberi penjelasan bahawa situasi yang berlaku ini dilakukan secara ‘last minute’ oleh guru besar tanpa berbincang dengan para guru yang lain.

Difahamkan, makanan yang dihidangkan di dalam besen itu berlaku ketika jamuan raya sekolah sesi pagi dan perkara itu dilaporkan ke pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Setelah laporan didakwa dibuat oleh ibu bapa murid pada sesi pagi, langkah drastik terus dilakukan untuk jamuan raya sesi petang dengan menukarnya kepada bekas pakai buang.

Tak kisahlah makanan itu dihidangkan kepada sesiapa sekali pun, tetapi biarlah dengan cara yang beretika dan bukannya sehingga boleh ‘memotong’ selera individu yang akan memakannya.

Semoga situasi yang berlaku ini memberi pengajaran kepada semua supaya kejadian ini tidak berulang lagi.

BACA JUGA: Jijik! Peniaga Sorok Lauk & Nasi Untuk Kaki Ponteng Puasa Dalam Tandas [Video]

BACA JUGA: Gara-gara Ada Najis Tikus Sebelah Makanan, Restoran Terkenal Di Pulau Pinang Diarah Tutup Selama 14 Hari


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd