Now Reading
Rezeki Raya! Lelaki Menang Kereta Persona Lepas Belanja Keluarga Baju Baru Sempena Aidilfitri

Rezeki Raya! Lelaki Menang Kereta Persona Lepas Belanja Keluarga Baju Baru Sempena Aidilfitri

Pemuda berusia 21 tahun itu memenangi sebuah Proton Persona selepas membelanjakan sejumlah RM800 untuk persalinan baju raya keluarganya.

Rezeki Lepas Belanja Persiapan Raya Keluarga, Lelaki Ini Menang Kereta Dari Cabutan Bertuah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang kini berbaki kurang dari seminggu semakin meriah dengan adanya pelbagai jualan dilakukan.

Antara acara jualan yang mendapat perhatian ramai baru-baru ini adalah di Starvendors dan juga Absolut Bazar X Gaya Raya. Walaupun pada jam tiga empat pagi, katanya lokasi itu meriah dan dipenuhi pengunjung tanpa henti.

BACA JUGA: Pasar Seloka, Starvendors & 3 Lagi Lokasi Untuk Anda Shopping Baju Raya Sekitar Lembah Klang

Memang tak menang tangan semua membuat persiapan raya dari segi pakaian termasuklah baju, samping, tudung, kasut dan sebagainya.


Pemuda Menang Kereta Persona Selepas Menang Cabutan Bertuah Anjuran Bazar Di Melaka

Seorang pemuda bernama Muhamad Shahrul Aiemi berusia 21 tahun juga tidak turut ketinggalan untuk membuat persiapan raya bersama keluarganya bagi menyambut Aidilfitri pada tahun ini.

Memetik laporan Astro Awani, pemuda itu telah membelanjakan sejumlah RM800 di Melaka Grand Ramadan Bazar @Jalan Hang Tuah (MELGRAB) dengan membelikan persalinan pakaian baharu untuk ahli keluarganya.

Namun siapa sangka, berkat rezeki membelikan persalinan baju raya kepada keluarga membuatkan pemuda ini memenangi satu cabutan bertuah dengan hadiah berupa sebuah kereta Proton Persona 1.6 bernilai RM49,242.

Sumber: Melaka Hari Ini

Menurutnya, dia tidak pernah memasuki mana-mana cabutan bertuah tetapi tergerak hati untuk menyertainya pertandingan tersebut selepas diberi galakan oleh ibu bapa.

Sebelum ini tak pernah pun masuk apa-apa cabutan bertuah tapi kali ini, entah kenapa tergerak hati mahu menyertainya. Lagi pula orang tua yang suruh sebab katanya manalah tahu ada rezeki.

Muhamad Shahrul Aiemi.

Hadiah yang dimenangi itu membuatkan pemuda tersebut hilang kata-kata ketika dihubungi oleh pihak penganjur bagi menyampaikan berita gembira itu menerusi talian pada Ahad lalu (16 April).

Ketika dihubungi, awal-awal ingat betul ke tidak dapat kereta tapi bila tengok TikTok penganjur dan teringat ada masuk cabutan bertuah tempoh hari, saya semak semula tiket cabutan bertuah. Memang betul menang.

Muhamad Shahrul Aiemi.
Sumber: Astro Awani

Malam semalam (18 April), Shahrul telah menerima replika kunci kereta yang disampaikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada majlis perasmian Melaka Grand Ramadan Bazar (Melgrab) Jalan Hang Tuah.

Malah ketika dia diberitahu tentang hadiah kereta yang dimenanginya itu, ahli keluarganya masih belum mengetahui tentang perkara tersebut dan berhajat untuk membuat kejutan.

Shahrul yang baru sahaja tiga bulan menamatkan latihan polis di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dan kini bertugas di Negeri Sembilan berharap agar keluarganya dapat beraya pada tahun ini dengan lebih selesa.

Sebenarnya keluarga masih belum tahu saya menang dan saya harap kereta baharu ini akan memberi keselesaan untuk ibu dan ayah saya semasa mereka pergi beraya nanti.

Muhamad Shahrul Aiemi.

Nilai sedekah yang kita hulurkan itu mungkin nampak kecil di mata kita, tetapi besar nilainya kepada penerima dan juga di sisi Tuhan.

Dalam Islam, ganjaran kepada orang yang bersedekah adalah 700 kali ganda besarnya berbanding amalan lain. Sedekah ikut kemampuan kita pun okay dah.

Semoga anda semua juga dimurahkan rezeki pada masa akan datang. Amin. 😊

BACA JUGA: Pemuda Kongsi Kisah Ketika Motor Dicuri, Ada Pakcik ‘DM’ Mahu Sedekah Duit Ribuan Ringgit

BACA JUGA: [Video] “Saya Bagi Sedekah RM100, Esoknya Saya Dapat Rezeki RM100,000” – Siti Nurhaliza

BACA JUGA: Puteri Sarah Liyana Didik Anak Sedekah Dari Kecil Raih Pujian Ramai


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd