Now Reading
Pekerja Menang Cabutan Bertuah, Dapat Cuti Setahun Bergaji!

Pekerja Menang Cabutan Bertuah, Dapat Cuti Setahun Bergaji!

Pemenang cabutan bertuah yang memenangi pakej cuti bergaji selama setahun itu merupakan seorang pekerja yang memegang jawatan di bahagian pengurusan syarikat.

Pekerja Menang Cabutan Bertuah, Dapat Cuti Setahun Bergaji!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kali ada cabutan bertuah, mesti ramai yang berharap akan menjadi individu bertuah untuk memenangi pertandingan itu kan?

Boleh dikatakan pertandingan cabutan bertuah ini sering dilakukan dan kebiasaannya hadiah tersebut berupa barangan berharga seperti kereta, barang kemas, pakej percutian dan sebagainya.

Tetapi hadiah yang diterima oleh seorang pemenang cabutan bertuah ini pula agak lain daripada yang lain.


Pekerja Menang Hadiah Cabutan Bertuah Berupa Pakej Cuti Setahun Bergaji

Baru-baru ini, tular di media negara China apabila seorang lelaki yang bekerja di sebuah syarikat di Shenzhen, China telah memenangi pakej cuti selama 365 hari atau setahun berserta gaji ketika menyertai acara cabutan bertuah pada makan malam tahunan.

Laporan Weibo memberitahu bahawa pekerja itu merupakan seseorang yang memegang jawatan pengurusan dan dilihat memegang papan ‘cuti bergaji 365 hari’ yang ditulis dalam bahasa Mandarin.

Pemenang juga berkali-kali bertanya sama ada hadiah itu benar atau tidak kerana ia sangat mengejutkan sehingga sukar untuk dipercayai.

Sumber: Weibo

Menurut seorang kakitangan bernama Chen, dia menjelaskan bahawa ketua mereka juga terkejut dengan kemenangan yang dikecapi oleh salah seorang pekerjanya.

Syarikat akan berbincang dengan pemenang, jika dia lebih mahu menukar hadiah cuti itu dengan wang atau menikmati cuti bergajinya.

Chen.

Makan malam tahunan syarikat yang dilakukan pada Ahad lalu (9 April) dipercayai baru sahaja diadakan semula selepas tertangguh selama tiga tahun akibat pandemik Covid-19 yang berlaku.

Malah, aktiviti cabutan bertuah itu juga dijalankan untuk memberikan kakitangan mereka rehat daripada tekanan kerja.

Kisah ini mendapat perhatian seluruh masyarakat di China dan semakin tular di seluruh dunia.

Siap ada yang tanya sekiranya syarikat itu mempunyai kekosongan atau tidak kerana mahu berpeluang untuk memenangi hadiah sama.

Sementara itu, netizen juga memberi pendapat agar pemenang hanya menggunakan separuh cuti sahaja dan separuh lagi ditukarkan kepada bentuk wang.


Best betul hadiah yang dia menang tu kan? Kalau penulis pun memang tercengang dulu dan akan bertanya banyak kali sama ada ia betul atau tidak. Takut pula nanti ia cuma sekadar ‘prank’.

Maklumlah, siapa je tak nak cuti bergaji kan? Setahun pula tu!

BACA JUGA: Apa Perlu Buat Kalau Terima MC Ketika Sedang Cuti Tahunan?

BACA JUGA: Pekerja Ramai-ramai Pakat Berhenti Sebab Bos Tak Bagi Cuti


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd