Pekerja Ramai-ramai Pakat Berhenti Sebab Bos Tak Bagi Cuti
Pengurus itu tidak meluluskan permohonan cuti seorang pelatih untuk menjaga kucing yang sedang sakit.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Bila kita bekerja di sesebuah syarikat, pastinya kita akan berada di bawah penyeliaan seorang pengurus. Dapat pengurus yang baik, memang senanglah kita nak bekerja dan tidak stress.
Tapi kalau dapat yang sebaliknya, agak terbeban jugalah rasa. Mungkin sampai ada yang tak bersemangat nak pergi bekerja.
Mana tidaknya, ada sesetengah bos bersikap dingin dan tidak mesra dengan para pekerjanya yang sudah bertungkus-lumus menyiapkan kerja syarikat.
Kadangkala, sikap seperti ini boleh menjadi punca seseorang ingin berhenti kerja.
Bos tak bagi cuti untuk jaga kucing sakit
Baru-baru ini, lebih 20 orang pekerja mengambil keputusan untuk berhenti kerja di sebuah syarikat teknologi maklumat di London ekoran tindakan seorang pengurus yang tidak beradab.
Semuanya bermula apabila seorang pelatih membuat permohonan cuti untuk menjaga kucingnya yang sedang nazak. Namun, permintaan tersebut ditolak dengan kasar oleh pengurusnya.

(Kredit: The American Institute of Stress)
Menurut salah seorang pekerja, dia juga melihat pengurus tersebut menengking pelatih berkenaan dengan kuat sehingga boleh didengari oleh pekerja-pekerja yang lain.
Pengurus itu didakwa menengking pelatih tersebut kerana tidak meluluskan permohonan cuti melainkan jika ‘manusia’ yang sedang sakit, bukannya kucing.
Ramai nak berhenti kerja
Kalau diikutkan, beberapa orang pekerja di syarikat itu sudah lama merancang untuk berhenti kerja pada hujung tahun ini kerana gaji mereka dipotong meskipun syarikat mendapat banyak keuntungan.
Namun selepas melihat insiden seorang pelatih ditengking membuatkan mereka tidak tahan dan terus menghantar surat berhenti kerja.

(Kredit: Marketing91)
Ada juga yang menghantar e-mel berhenti kerja tetapi disekat oleh pihak pengurusan syarikat kerana tidak mahu pekerja lain mengambil keputusan sama.
Disebabkan ramai yang tiba-tiba mahu berhenti kerja, pengurus berkenaan dikenakan tindakan disiplin dan berdepan risiko kehilangan kerja.
Macam mana syarikat nak berfungsi kalau kekurangan pekerja, betul tak?
Jadi tak kisahlah pekerja atasan ataupun bawahan, adab mesti dijaga. Kena saling hormat-menghormati, barulah persekitaran kerja rasa seronok dan positif.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.