Pasar Seloka, Starvendors & 3 Lagi Lokasi Untuk Anda Shopping Baju Raya Sekitar Lembah Klang
Bukan setakat boleh beli baju raya, nak bergambar dengan artis pun boleh di beberapa lokasi ‘bazar raya’ di sekitar Lembah Klang ini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Berbaki dua minggu lagi, umat Islam bakal menyambut bulan Syawal selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan.
Walaupun sedang berpuasa di siang hari, tetapi itu tidak melemahkan semangat orang ramai untuk keluar mencari persiapan baju raya sempena Syawal yang akan tiba tidak lama lagi.
Boleh dikatakan semua tempat sekarang ini memang akan dipenuhi dengan orang ramai pelbagai umur. Dari Jalan Tunku Abdul Rahman, butik pakaian dan juga pusat membeli-belah, semuanya ‘full house’.
Kepada anda yang masih belum jumpa baju raya yang memikat hati, jom kami bantu dengan menyenaraikan beberapa lokasi ‘bazar raya’ sekitar Lembah Klang yang menjual pelbagai jenama tempatan sempena Syawal tahun ini.
Antaranya:
1. Bazar Raya: Pasar Seloka Raya
Pasar seloka raya ini merupakan acara yang diadakan sekali setahun sahaja dan berlangsung di tiga lokasi berbeza pada setiap minggu.
Acara ini juga hanya ada pada hujung minggu. Jadi hari Sabtu dan Ahad anda boleh diisi dengan mengunjungi pelbagai jenis booth jualan di Pasar Seloka Raya. Dari baju raya, perhiasan diri, kasut, semuanya ada!
- Lokasi:
- Pasar Seni Kuala Lumpur: 7-9 April 2023 (10AM – 8PM)
- Markas Seloka SS21 Damansara Utama: 14-15 April 2023 (3PM-10PM)
2. Bazar Raya: Ritma Raya by RIUH x Lazada
Sebelum ini, acara RIUH mendapat sambutan hangat daripada orang ramai ketika diadakan di Bukit Kiara Equestrian Resort pada 16 sehingga 18 Disember lalu.
Kini, RIUH kembali lagi dengan acara bertemakan raya pula dan berkolaborasi bersama Lazada.
Antara jenama lokal yang akan membuka booth mereka di sana adalah seperti:
- Zora Designer
- Umma X Nitta
- Petra RTW
- Nobat
- Nazifi Nasri
- Asly
- Saoi
- Elzaritha
- Oh Sebenar
Bukan setakat booth jualan baju raya yang ada di sini, malah ‘workshop’ serta persembahan dari artis tempatan juga ada ya. Confirm meriah!
- Lokasi: Sentul Depot
- Tarikh: 8-9 April 2023
- Masa: 3PM- 12AM
3. Bazar Raya: Pesta Raya
Berlangsung selama 20 hari, Pesta Raya ini juga menyajikan pelbagai pilihan kepada anda yang ingin membeli persiapan baju raya.
Ada banyak jenama tempatan yang turut menyertai acara Pesta Raya pada tahun 2023 ini termasuklah:
- Nada Identity
- Asly
- Teh Firdaus
- Elrah Exclusive
- Palomascarves
- Hias
Kalau anda nak datang tapi tak mahu membeli-belah pun tak apa kerana mereka mempunyai beberapa ‘workshop’ dan juga persembahan. Omar dan Hana pun ada ya!
- Lokasi: Malaysia Grand Bazaar, Bukit Bintang City Centre (bersebelahan dengan Lalaport)
- Tarikh: 31 Mac- 19 April 2023
- Masa: 10AM – 10PM
4. Bazar Raya: Absolut Bazaar X Gaya Raya
Kalau anda sejenis yang suka ‘menyelam sambil minum air’, bolehlah datang ke Absolut Bazaar X Gaya Raya ini. Sambil membeli baju raya, boleh juga jumpa ramai artis tempatan seperti:
- Hannah Delisha
- Shukri Yahaya
- Daiyan Trisha
- Nadhir Nasar
- Mira Filzah
- DOLLA
- Neelofa
Paling best, acara Absolut Bazaar X Gaya Raya ini akan berlangsung selama 66 jam tanpa henti ya. Nak shopping pukul tiga empat pagi pun tak ada masalah.
- Lokasi: Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC)
- Tarikh: 14-17 April 2023
5. Bazar Raya: Starvendors
Starvendors juga merupakan satu lagi acara yang melibatkan ramai artis tempatan bagi mempromosikan baju raya pada tahun ini. Seronok juga lepas membeli-belah dapat bergambar dengan artis kan?
Ada ramai penggiat seni tempatan yang bakal menghadiri acara Starvendor ini seperti:
- Izara Aishah
- Datuk Seri Siti Nurhaliza
- Haqiem Rusli
- Izzue Islam
- Fauziah Latiff
- Ramlah Ram
- Scha Alyahya
- Awal Ashaari
- Sharifah Rose
Kalau anda jenis yang tak suka membeli-belah sambil bersesak dengan orang ramai, boleh juga datang ke Starvendors ini pada bila-bila masa kerana acara ini berlangsung selama 100 jam tanpa henti!
- Lokasi: Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
- Tarikh: 13-17 April 2023
Jadi kepada anda yang masih belum puas untuk shopping baju raya atau sekadar mahu mencuci mata melihat koleksi terbaharu pakaian pelbagai jenama, bolehlah berkunjung ke beberapa lokasi sekitar Lembah Klang ini.
Rancang perjalanan anda sebaik mungkin ya. Confirm hujung minggu nanti ramai yang akan keluar mencari baju raya mereka.
BACA JUGA: SHEIN Tampil Dengan Koleksi Raya Untuk Anda Yang Ingin Tampak ‘Fabulous’
BACA JUGA: 1 Utama Sambut Hari Raya 2023 Dengan Tema ‘Sinar Estetika Aidilfitri’. Meriahnya!
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.