Now Reading
Mualaf Kongsi Jawapan Terbaik Jika Disoal Tentang Pengharaman Daging Khinzir Dalam Islam

Mualaf Kongsi Jawapan Terbaik Jika Disoal Tentang Pengharaman Daging Khinzir Dalam Islam

Cara yang terbaik untuk menjawab pertanyaan berkaitan pengharaman memakan daging khinzir dalam agama Islam perlulah dikaitkan dengan al-Quran serta sunnah.

Ditanya Kenapa Umat Islam Tak Boleh Makan Daging Khinzir_ Ini Cara Terbaik Untuk Beri Jawapan (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebagai umat Islam, mesti anda pernah ditanya oleh rakan-rakan ‘non-muslim’ tentang larangan memakan daging khinzir dalam agama Islam.

Baru-baru ini, seorang mualaf berbangsa Cina iaitu Lim Jooi Soon menerusi laman TikTok miliknya (@limjooisoon) telah berkongsi jawapan terbaik yang boleh diberikan sekiranya kita ditanya tentang mengapa umat Islam diharamkan memakan daging khinzir.

Menurutnya, kebanyakan umat Islam akan memberi jawapan bahawa daging khinzir tidak boleh dimakan kerana hidangan itu dianggap sebagai najis. Namun, pemahaman tentang najis bagi ‘non-muslim’ mungkin agak berbeza.

Kita punya definisi najis dengan non muslim faham punya najis adalah dua perkara berbeza. Najis dalam Islam dipanggil ‘impurities’, tetapi non muslim punya najis adalah tahi.

Lim Jooi Soon.

Ada juga sesetengah umat Islam yang akan memberi jawapan bahawa daging khinzir tidak boleh dimakan kerana mempunyai banyak cacing dan kuman.

Namun, mualaf ini berpendapat bahawa jawapan tersebut agak bahaya untuk digunakan kerana ia tidak disokong oleh hujah menggunakan al-Quran dan sunnah.

Malah, golongan bukan beragama Islam juga boleh melawan semula jawapan itu dengan menyatakan tentang vaksin ciptaan saintis yang boleh membunuh kesemua jenis kuman.

Kalau kita gunakan sesuatu hujah di luar daripada lingkungan al-Quran dan sunnah, kita dalam keadaan bahaya. Kenapa? Sebab non muslim akan tanya balik. Kalau saintis boleh cipta sejenis vaksin yang boleh bunuh semua kuman. Sebenarnya dah cipta dah. Tinggal nak inject sahaja kemudian khinzir itu tiada lagi kuman atau cacing. Bila khinzir semua sudah sihat tanpa cacing dan kuman, adakah ia sudah halal?

Lim Jooi Soon.

Maka, cara yang terbaik untuk menjawab pertanyaan berkaitan pengharaman memakan daging khinzir dalam agama Islam perlulah dikaitkan dengan al-Quran serta sunnah.

Kalau orang tanya kenapa tak boleh makan? Jawab, kita tak makan sebab ini perintah Allah SWT. Allah SWT adalah pencipta seluruh alam ini. Dia tahu tak tentang ciptaannya? Pasti dia tahu dan dia melarang, kenapa? Kita tak tahu sebab. Allah SWT dan Nabi tak sebut sebab apa. Kita tak makan sebab perintah Allah SWT. Full stop.

Lim Jooi Soon.

Antara ayat al-Quran yang melarang umat Islam untuk memakan daging khinzir ini adalah:

  • Surah Al-Baqarah ayat 173
  • Surah Al-Maidah ayat 3
  • Surah An’am ayat 145
  • Surah An-Nahl ayat 115

Video perkongsian ini mendapat pehatian ramai sehingga meraih 3.3 juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam ia dimuat naik di laman TikTok.

@limjooisoon Kenapa Islam larang makan khinzir? #islam #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #muslim #limjooisoon ♬ Islam – Lafina

Netizen Memuji Jawapan Ringkas Dan Padat Berkaitan Pengharaman Makan Daging Khinzir Dalam Islam

Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan pujian orang ramai yang berpuas hati mendengar jawapan dikongsikan oleh mualaf tersebut.

Mereka menyatakan bahawa jawapan yang diberikan itu adalah ringkas, padat dan bermakna kepada umat Islam.


Hukum Makan Daging Khinzir Dalam Agama Islam

Umum sedia maklum, umat Islam diharamkan untuk memakan beberapa hidangan termasuklah daging khinzir seperti mana yang telah difirman oleh Allah SWT di dalam al-Quran.

Berdasarkan petikan dalam Surah al-Baqarah ayat 173:

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ ۖ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Tetapi bagaimana jika wujudnya daging khinzir sintetik diperbuat menggunakan bahan-bahan yang dikatakan halal? Boleh ke makan?

Ditanya Kenapa Umat Islam Tak Boleh Makan Daging Khinzir_ Ini Cara Terbaik Untuk Beri Jawapan (1)
Sumber: Kosmo

Memetik sumber dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan, sesuatu sumber makanan itu sama ada dari haiwan atau tumbuh-tumbuhan adalah halal dimakan melainkan jika wujud nas yang jelas tentang pengharamannya.

Maka, hukum memakan daging khinzir tiruan adalah tetap haram meskipun penghasilannya menggunakan bahan-bahan yang halal.

Langkah ini diambil bagi menutup jalan kepada umat Islam daripada mendekati produk berasaskan daging khinzir dan boleh membawa kepada kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

BACA JUGA: Ramai Bengang Peniaga Bazar Ramadan Di Singapura Jual Daging Khinzir

BACA JUGA: Jemur Daging Khinzir Di Tingkat Atas, Jiran Bengang Air Menitik Terkena Baju Di Ampaian


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd