Now Reading
Gempa Bumi Turkiye: Mangsa Minta Bantuan Air Untuk Solat Bawah Runtuhan Bangunan

Gempa Bumi Turkiye: Mangsa Minta Bantuan Air Untuk Solat Bawah Runtuhan Bangunan

Warga emas yang berada di bawah runtuhan bangunan gempa bumi di Turkiye tidak mahu meninggalkan kewajipan solat meskipun dalam keadaan darurat.

gempa bumi turkiye

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kejadian gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria dengan kekuatan 7.8 magnitud telah menjadi satu berita yang cukup mengejutkan masyarakat seluruh dunia.

Sehingga hari ini (9 Februari), jumlah mangsa yang meninggal dunia ketika gempa bumi yang berlaku pada 6 Februari lalu telah meragut lebih 15,000 orang serta 10,000 individu mengalami kecederaan.

Ketika misi mencari dan menyelamat mangsa, antara mangsa yang selamat ditemui ialah seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan di bawah runtuhan bangunan.

Walau bagaimanapun, ibu kepada bayi tersebut dilaporkan meninggal dunia sebaik sahaja melahirkan anaknya.

BACA JUGA: Gempa Bumi Turkiye-Syria: Bayi ‘Ajaib’ Lahir Di Sebalik Runtuhan Bangunan, Si Ibu Meninggal Dunia

SumberL BBC

Mangsa Gempa Bumi Turkiye Mohon Bantuan Air Untuk Wuduk Dan Solat Bawah Runtuhan Bangunan

Ketika misi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di Turkiye, terdapat pelbagai momen yang sempat dirakam.

Antaranya sebuah video di mana seorang kanak-kanak merayu agar dia dah adiknya dikeluarkan dan berhasrat untuk melakukan apa sahaja walaupun sebagai orang suruhan sebagai balasan membantu mereka.

BACA JUGA: Gempa Bumi Turkiye: Kanak-kanak Rayu Diselamatkan, Sanggup Jadi Orang Suruhan Untuk Balas Jasa

Satu lagi kejadian yang menjadi perhatian ramai adalah apabila seorang warga emas yang masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan meminta bantuan air untuk membolehkan dirinya mengambil wuduk dan mengerjakan solat.

Difahamkan, warga emas itu masih tidak dapat dikeluarkan kerana terdapat halangan dan kesempitan oleh kerana serpihan konkrit yang terlalu sukar dialihkan.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@MuhammadSmiry), dia menjelaskan bahawa warga emas tersebut tidak mahu meninggalkan kewajipannya untuk menunaikan solat.


Bagaimana Nak Solat Ketika Bencana Alam?

Solat merupakan kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh setiap umat Islam. Tetapi bagaimana pula jika seseorang berada dalam keadaan darurat seperti terlibat dengan bencana alam?

Menurut sumber dari Mufti Perlis, majoriti ulama dari Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali membenarkan solat jamak tanpa qasar dilakukan di masjid oleh kerana bencana alam.

solat-dalam-bencana
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Buletin TV3)

Seseorang yang terlibat dalam bencana alam seperti banjir, ribut, hujan lebat, kesejukan yang melampau atau sebagainya, mereka boleh menjamakkan solat Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak tanpa qasar.

Mereka yang telah bersolat jemaah di masjid dan melakukan jamak disebabkan bencana, maka dia tidak perlu lagi mengulangi solatnya sekalipun bencana telah tamat.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd