Now Reading
Terima Amaran Gempa Bumi, Rakyat Malaysia Turut Rasai Gegaran Dari Indonesia

Terima Amaran Gempa Bumi, Rakyat Malaysia Turut Rasai Gegaran Dari Indonesia

Gempa bumi yang berlaku di Utara Sumatera, Indonesia dengan kekuatan 6.2 skala Ritcher turut dirasai di beberapa negeri sekitar Malaysia.

Gempa Bumi Indonesia: Ramai Rakyat Malaysia Terkejut Pertama Kali Terima Amaran Di Telefon

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kira-kira jam 10:59 malam semalam (3 April), Utara Sumatera, Indonesia dilaporkan mengalami gempa bumi berukuran 6.2 skala Ritcher dengan kedalaman 86 kilometer. Sehingga kini, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Menurut ciapan dimuat naik di akaun Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia), gegaran gempa bumi di Indonesia itu berkemungkinan boleh dirasai di beberapa negeri seperti:

  • Selangor
  • Kuala Lumpur
  • Putrajaya
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Perak

Kejadian gempa bumi yang berlaku di Sumatera, Indonesia itu telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia terkejut apabila mereka menerima notifikasi amaran dari Google meskipun berada dalam jarak sekitar 418 kilometer dari lokasi kejadian.

Tinjauan kami di media sosial mendapati bahawa rata-rata rakyat Malaysia pertama kali menerima amaran bencana sedemikian.

Selain Malaysia, amaran yang sama turut dikeluarkan kepada negara terdekat seperti Singapura dan Thailand.


Gegaran Turut Dirasai Di Beberapa Kawasan Sekitar Lembah Klang

Ggegaran gempa bumi yang melanda Sumatera, Indonesia pada malam semalam juga dikatakan dirasai oleh beberapa penduduk sekitar Lembah Klang termasuklah Shah Alam.

Ada juga yang sempat merakam detik di mana lampu di dalam rumahnya bergoyang ketika gegaran berlaku.

Malah, penduduk di Pangsapuri Pudu Impian 1 di Cheras, Kuala Lumpur juga terpaksa keluar dari kediaman mereka ketika merasai gegaran tersebut.


Apa Perlu Buat Jika Berlaku Gempa Bumi?

Meskipun Malaysia merupakan negara yang terlindung daripada garisan ancaman gempa bumi, tetapi penting untuk anda mengambil tahu tentang perkara yang perlu dilakukan sekiranya berhadapan dengan bencana ini.

Langkah utama adalah dengan berlindung di bawah objek yang kukuh dengan mengamalkan 3T iaitu Tunduk, Tutup dan Tahan.

Namun, beberapa langkah perlu diambil kira berdasarkan lokasi anda.

  • Rumah atau sekolah
    • Berlindung di bawah meja yang kukuh dan elakkan diri daripada menghampiri tingkap, kabinet atau objek yang berat dan mudah terjatuh.
  • Bangunan yang tinggi seperti pejabat dan pusat beli-belah
    • Menggunakan tangga dan elakkan lif kerana berkemungkinan bekalan elektrik akan terputus.
  • Di kawasan terbuka
    • Elakkan dari berhampiran dengan bangunan tinggi, tiang lampu atau elektrik dan juga pokok.
    • Lindungi kepala dan muka dengan apa-apa objek keras yang selamat.
  • Di dalam kereta
    • Memberhentikan kereta di kawasan yang selamat dan tidak berada di bawah jambatan atau tiang kabel elektrik.

BACA JUGA: Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan Ketika Berdepan Gempa Bumi

BACA JUGA: Apa Perlu Buat Selepas Berlaku Gempa Bumi?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd