Now Reading
[Video] Gempa Bumi Terbaru Magnitud 6.3 Di Turkiye-Syria, 3 Maut & Ratusan Cedera

[Video] Gempa Bumi Terbaru Magnitud 6.3 Di Turkiye-Syria, 3 Maut & Ratusan Cedera

Selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud, gempa susulan berlaku dengan kekuatan 5.8 magnitud di sempadan Turkiye-Syria.

GEMPA BUMI TURKIYE-SYRIA

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada jam 8:04 malam waktu tempatan (jam 1:04 pagi waktu Malaysia) hari ini (21 Februari), sempadan Turkiye-Syria sekali lagi dilanda gempa bumi kuat dengan magnitud 6.3.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh Jabatan Meteorologi Malaysia di laman Twitter mereka (@metmalaysia), pusat gempa bumi terletak di 36.1° Utara, 35.9° Timur dengan kedalaman 58 kilometer dan 114 kilometer Tenggara dari Adana, Turkiye.

Tidak lama selepas itu, berlaku gempa susulan berukuran 5.8 magnitud selepas gegaran pertama berlaku.

Memetik laporan Berita Harian, Menteri Dalam Negeri Turkiye, Suleyman Soylu memaklumkan sekurang-kurangnya tiga mangsa maut dalam kejadian gempa ini dengan 213 lagi mengalami kecederaan.

Sebelum ini, seorang ahli seismologi telah memberi amaran bahawa gempa bumi yang berlaku pada 6 Februari lalu dengan magnitud 7.8 boleh mengakibatkan gegaran yang lain.

Dalam pada itu, Ahli Geologi Universiti Teknikal İstanbul, Prof Okan Tüysüz pula memberitahu bahawa kejadian terbaharu ini adalah gegaran yang berbeza dan bukannya gempa susulan daripada gempa pertama pada 6 Februari lalu.

BACA JUGA: Gempa Bumi Turkiye: Malaysia Hantar 75 Anggota SMART Untuk Misi Bantuan


Beberapa Rakaman Video Ketika Gempa Bumi Berukuran 6.3 Magnitud Dikongsi Di Media Sosial

Di media sosial, beberapa rakaman video ketika gegaran gempa bumi terbaharu yang berlaku pada kekuatan 6.3 magnitud telah dikongsikan oleh orang ramai di media sosial.

Rakyat Turkiye-Syria pada ketika itu berada dalam keadaan cemas dan lari bertempiaran bagi menyelamatkan diri mereka.

Malah, ada seorang wanita yang dilihat masih meneruskan solatnya walaupun bangunan yang didudukinya itu sedang bergegar akibat gempa bumi.

Seorang jururawat juga sanggup berlari membawa pesakitnya di dalam hospital terlebih dahulu sebelum keluar dari bangunan ketika gempa berlaku.


Mangsa Yang Maut Dalam Bencana Gempa Bumi Dikira Sebagai Mati Syahid

Ketika kejadian gempa bumi yang berlaku di Turkiye-Syria pada 6 Februari lalu, gegaran berukuran 7.8 magnitud itu telah mengakibatkan 46,000 mangsa terkorban sehingga ke hari ini.

Menurut bekas Mufti Negeri Sembilan Sahibus Samihah Datuk Haji Mohd Yusof Bin Haji Ahmad, mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian gempa bumi tersebut adalah mati syahid akhirat iaitu mereka akan dikurniakan pahala mati syahid pada hari kiamat kelak.

Walau bagaimanapun, segala urusan pengebumian jenazah akan diuruskan sama seperti jenazah Muslim yang lain iaitu perlu dimandi, dikafan, serta disolatkan sebelum dikebumikan.

Penjelasan ini juga dilihat disimpulkan dari beberapa hadis Nabi SAW seperti;

“Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, mati ditimpa runtuhan dan mati syahid di jalan Allah.” (Riwayat al-Bukhari, 2829 & Muslim, 1914).

BACA JUGA: Mangsa Korban Gempa Bumi Turkiye & Syria Adalah Mati Syahid, Jelas Bekas Mufti N9

BACA JUGA: Pasukan SMART Temui 3 Jasad Mangsa Ketika Misi SAR Gempa Bumi Di Turkiye

BACA JUGA: Gempa Bumi Turkiye Syria: Muslim Pro Bekerjasama Dengan UNICEF Kumpul Dana Bantu Mangsa


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd