Now Reading
Pasukan SMART Temui 3 Jasad Mangsa Ketika Misi SAR Gempa Bumi Di Turkiye

Pasukan SMART Temui 3 Jasad Mangsa Ketika Misi SAR Gempa Bumi Di Turkiye

Pasukan SMART telah berjaya mengeluarkan tiga jasad mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki, seorang wanita dan juga kanak-kanak selepas dua jam.

Sumber: Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, baru-baru ini Malaysia telah memutuskan untuk menghantar bantuan keselamatan bagi misi mecari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah memberi persetujuan untuk menghantar 75 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi misi tersebut.

Memetik laporan Sinar Harian, pasukan SMART merupakan pasukan kedua dari seluruh dunia yang tiba di Lapangan Terbang Istanbul semalam (9 Februari) selepas menaiki penerbangan Turkish Airline.

Ketibaan 72 anggota SMART serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang berada di bawah seliaan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah disambut baik oleh Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal.

BACA JUGA: Gempa Bumi Turkiye: Malaysia Hantar 75 Anggota SMART Untuk Misi Bantuan

Pasukan SMART Berjaya Jumpa 3 Jasad Mangsa Bawah Runtuhan Bangunan Gempa Bumi Turkiye

Gempa Bumi Turkiye: Pasukan SMART & NADMA Berjaya Keluarkan 3 Mangsa
Sumber: Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri (NADMA), pasukan MAS-01 SMART menjumpai tiga orang mangsa yang dipercayai telah meninggal dunia di bawah runtuhan bangunan tujuh tingkat di Nurdagi, Gaziantep.

Selepas dua jam bertungkus-lumus, pasukan tersebut berjaya mengeluarkan tiga jasad mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki, seorang wanita dan juga kanak-kanak.

Turut membantu ketika misi SAR itu adalah anggota Tentera Turkiye yang berada di lokasi kejadian.

Ketika misi SAR itu, pasukan MAS-01 SMART juga telah menemui seorang mangsa yang dipercayai terperangkap ketika mereka memasuki kawasan runtuhan bangunan tiga tingkat.

Pasukan Menyelamat Yang Kedua Dari Malaysia Tiba Untuk Misi Bantuan

NADMA dalam satu hantaran terbaharunya di laman Facebook telah memaklumkan bahawa pasukan kedua MAS-10 telah selamat tiba di Lapangan Terbang Gaziantep awal pagi hari ini (10 Februari).

Seramai 70 orang pegawai terdiri daripada gabungan pasukan khas JBPM, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), SMART, NADMA bersama 2 unit khas K9 yang mempunyai kepakaran khusus di dalam runtuhan bangunan datang untuk membantu.

Pasukan kedua ini akan melaporkan diri terlebih dahulu di Base Of Operation SMART, NADMA MAS-01 sebelum pembahagian operasi dilakukan.

Sehingga hari ini (10 Februari), jumlah mangsa yang terkorban berikutan bencana gempa bumi yang berlaku di Turkiye dan Syria pada 6 Februari lalu telah mencapai angka melebihi 21,000 orang mangsa.

Pihak TRP mengucapkan salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian gempa bumi di Turkiye dan juga Syria.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd