[Video] Terkenal Dengan Senyuman, Cef Dari Turkiye Menangis Rayu Pengikutnya Untuk Beri Bantuan
Chef terbabit yang sentiasa mengukir senyuman dalam setiap video memasaknya telah membuat para pengikutnya terkejut apabila melihat dia menangis.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Seorang cef terkenal, CZN Burak kelihatan menangis dalam satu video semasa berkongsi cerita mengenai kemusnahan yang melanda kampung halamannya di Hatay, Turkiye, akibat gempa bumi pada Isnin lalu (6 Februari).
Menurut laporan GVS, Burak menerusi video di laman Facebook (FB) miliknya merayu agar pengikutnya di seluruh dunia untuk memberi sumbangan kepada mangsa gempa bumi.
Cef terkenal dengan senyuman manis menangis sepenuh hati
Lebih menyayat hati, cef tersebut yang cukup terkenal dengan senyuman manisnya kelihatan menangis sepenuh hati dengan memberitahu kepada pengikutnya bahawa dia juga akan turun padang membantu mangsa gempa bumi yang terjejas.
Tangisan Burak yang sebelum ini sentiasa dilihat mengukir senyuman dalam video memasaknya ternyata mengejutkan pengikutnya.
Para ‘followers’ menyatakan solidariti mereka bersama cef tersebut
Selain itu, pengguna media sosial yang melihat video terbabit juga menyatakan solidariti mereka bersama cef tersebut dan cuba untuk menenangkannya.
“Semoga dia segera mendaparkan senyumannya kembali,” komen seorang peminatnya di FB.
“Manusia baik dengan hati yang baik,” komen pengguna media sosial.
“Tolong saudaraku jangan menangis, doa kami bersamamu,” tulis seorang lagi pengikutnya di FB yang turut sedih dengan berita duka itu.
Burak mempunyai ramai pengikut di media sosial,
Untuk info, Burak adalah cef yang terkenal di Turkiye dan mempunyai ramai pengikut di media sosial selain mempunyai restoran di serata dunia.
Cef dengan sikap murah hati itu terkenal dengan video memasak makanan dalam kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada pelarian di Syria.
Turkiye dan Syria dapat perhatian dunia, angka korban melebihi 15,000 orang
Terdahulu, berita duka mengenai Turkiye dan Syria mula mendapat perhatian di seluruh dunia selepas kedua-dua negara dilanda musibah gempa bumi dasyat pada Isnin lalu.
Kemas kini terbaru mendapati jumlah korban di Turkiye dan Syria terus meningkat mencecah jumlah lebih 15,000 orang, lapor DW.
BACA JUGA: Istana Gaziantep Berusia Lebih 2000 Tahun Musnah Akibat Gempa Bumi Di Turkiye [Video]
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.