Now Reading
Pemilik Premis Pasang Pagar Luar Kedai Hingga Halang Laluan, Pihak Berkuasa Serbu & Tanggalkan Sendiri

Pemilik Premis Pasang Pagar Luar Kedai Hingga Halang Laluan, Pihak Berkuasa Serbu & Tanggalkan Sendiri

Pihak Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) telah memberi dua kali notis kepada pemilik untuk menanggalkan pagar tersebut tetapi tidak diendahkan.

https://www.facebook.com/100064730074717/posts/pfbid024UAftLq6chRxuuYR2QR4RSo9jT9DujG6bEWuUtVzMfsaT42wECuNLHoHVVhFnULl/?mibextid=UUgoR4

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Apabila berada di kawasan yang juga digunakan oleh orang awam, anda tidak boleh melakukan sesuatu perkara sesuka hati.

Sebagai contoh, mereka yang ingin membuat pengubahsuaian di mana-mana bahagian rumah supaya menjadi lebih luas juga perlu membuat permohonan kepada pihak berkuasa bagi meluluskan perkara itu.

Ini kerana ia boleh mengganggu laluan jalan raya kepada penduduk yang lain.

BACA JUGA: Penduduk Pasang Bumbung Depan Rumah Flat, Siap Cop Parkir Undang Pertikaian Ramai

Pemilik Kedai Kosmetik Pasang Pagar Di Luar Premis Kedai Hingga Halang Laluan Pejalan Kaki

Baru-baru ini, tular di media sosial berkaitan seorang pemilik kedai kosmetik di Pasir Gudang, Johor yang memasang pagar di luar premis miliknya sehingga menghalang laluan pejalan kaki.

Gambar tersebut yang pada asalnya telah dimuat naik di sebuah laman Facebook telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Kebanyakannya memberi pandangan bahawa tindakan peniaga itu menyukarkan pejalan kaki terutamanya golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Pemilik Kedai Pasang Pagar Luar Premis Hingga Halang Laluan Pejalan Kaki Undang Pertikaian
Sumber: Facebook

Bercakap soal OKU, seorang netizen telah mengutarakan juga persoalan di ruangan komen hantaran itu berkaitan perkara tersebut apabila ia dilihat akan menyusahkan golongan yang berkerusi roda.

Namun, jawapan yang diberikan oleh pemilik kedai itu pula kurang menyenangkan kerana dia memberi cadangan supaya golongan OKU menggunakan laluan lain dan meminta agar orang ramai mendukungnya yang berkerusi roda.

Namun selepas hantaran yang dimuat naiknya tular, pemilik kedai telah memadam penjelasannya itu dari laman Facebook.

Pemilik Kedai Tampil Beri Penjelasan Tentang Pasang Pagar Depan Premis

Selepas gambar kedai tersebut tular, pemilik kedai kosmetik tersebut tampil memuat naik satu hantaran di laman Facebook miliknya bagi memberikan penjelasan sebenar berhubung tindakannya memasang pagar di luar premis.

Menurutnya, dia berbuat demikian kerana ingin menjaga keselamatan dirinya dan juga pelanggan yang keluar dari kedainya.

Pemilik kedai itu mendakwa kedainya sering menjadi lokasi segelintir penunggang motosikal memarkir kenderaan mereka.

Bukan itu sahaja, ada juga pelanggannya yang hampir dilanggar oleh penunggang motosikal ketika keluar dari pintu kedainya.

Selepas hantarannya yang dimuat naik telah tular juga, pemilik kedai juga telah memadam penjelasannya itu dari laman Facebook.

Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) Serbu Kedai Dan Cabut Pagar Yang Dipasang

Sumber: Facebook Majlis Bandaraya Pasir Gudang

Susulan tularnya isu berkaitan pemasangan pagar di luar premis kedai kosmetik itu, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (PBPG) telah turut melawat kawasan dan melaksanakan penguatkuasaan dengan membuka struktur pagar di kawasan kaki lima premis perniagaan.

Menurut MBPG, struktur tersebut dipasang tanpa kebenaran. Malah agensi itu sudah dua kali memberi notis lawatan sebelum tindakan diambil kepada pemilik premis, tetapi peniaga itu masih gagal mematuhi arahan.

Untuk makluman, pihak MBPG telah memberikan tempoh yang sewajarnya untuk pemilik premis berkenaan membuka sendiri struktur berkenaan, tetapi malangnya ia masih lagi tidak dilaksanakan. Oleh itu, tindakan penguatkuasaan dengan membuka struktur binaan (pagar) dan sitaan telah dilaksanakan selaras dengan prosedur kerja yang ditetapkan.

Majlis Bandaraya Pasir Gudang (PBPG).

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd