Now Reading
3 Mangsa Cedera Dalam Letupan Loji Petrokimia Di Pasir Gudang

3 Mangsa Cedera Dalam Letupan Loji Petrokimia Di Pasir Gudang

Kebakaran di loji Petrokimia Titan Himont berpunca daripada dua buah tangki simen yang meletup.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Satu kebakaran besar telah berlaku di loji petrokimia di Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor pada petang semalam (24 Februari) sehingga menyebabkan asap tebal di udara.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran di loji Petrokimia Titan Himont pada jam 5.16 petang.

Sumber: Twitter

Seramai 38 anggota dari balai bomba Pasir Gudang, Larkin dan Johor telah dihantar ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

Menurut laporan, kebakaran telah berjaya dipadamkan pada jam 8.30 malam.

Sumber: Astro Awani

Siasatan awal mendapati kebakaran berkenaan berpunca daripada dua buah tangki simen yang meletup serta telah menngakibatkan kerosakan pada tangki simen.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak memaklumkan kebakaran tersebut tidak mengakibatkan kehilangan nyawa.

Namun, dua pekerja dilaporkan melecur pada tangan dan seorang lagi patah kaki kiri selepas terjun dari bangunan bagi menyelamatkan diri. Kesemua mangsa kini dihantar ke Hospital Penawar Pasir Gudang untuk menerima rawatan lanjut.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd