Now Reading
Penduduk Pasang Bumbung Depan Rumah Flat, Siap Cop Parkir Undang Pertikaian Ramai

Penduduk Pasang Bumbung Depan Rumah Flat, Siap Cop Parkir Undang Pertikaian Ramai

Salah satu tapak parkir yang d ‘dicop’ itu diletakkan dengan beberapa pasu bunga dan kereta permainan kanak-kanak.

Penduduk Pasang Bumbung Depan Rumah Flat, Siap Dapat Parkir Undang Pertikaian Ramai

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Lumrah hidup berjiran terutamanya bila tinggal di rumah flat, kita tidak boleh sesuka hati membuat pengubahsuaian atau pembinaan tambahan di rumah tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Tindakan tersebut ditegah kerana bimbang sekiranya ia boleh mendatangkan risiko yang membahayakan keselamatan penduduk lain jika ianya tidak mengikut undang-undang.

BACA JUGA: Ini Contoh Binaan Tambahan Di Flat Membahayakan. #6 Paling Rare!

Sebelum ini, pernah berlaku kes di mana pihak PBT sendiri telah merobohkan binaan yang dilakukan oleh penduduk di sebuah rumah flat dikatakan membuat tambahan di kediamannya.

Penduduk Flat Tambah Bumbung Sendiri Depan Rumah Hingga ‘Cop’ Parkir

Baru-baru ini, tular satu hantaran dimuat naik di dalam group Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini apabila salah seorang penduduk di sebuah rumah flat dilihat mengubah suai luar kawasan kediamannya dengan memasang bumbung.

Lebih mengeruhkan keadaan lagi, kawasan bumbung itu dikatakan telah membolehkan penduduk itu mengecop dua lot parkir kereta di hadapan rumahnya yang berada di tingkat paling bawah.

Bukan itu sahaja, salah satu tapak parkir tersebut turut diletakkan dengan beberapa pasu bunga dan kereta mainan kanak-kanak.

Tindakan ‘Cop’ Parkir Jadi Pertikaian Netizen

Hantaran yang dimuat naik itu telah membuatkan ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka selepas melihat keadaan rumah yang diubah suai tersebut.

Rata-rata netizen kesal dengan tindakan jiran itu yang dikatakan mementingkan diri dan tidak memikirkan penduduk lain.

Malah, ada juga yang berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap pengubahsuaian yang dilakukan itu.


Amalan ‘Cop’ Parking Boleh Dikenakan Tindakan Undang-undang

Isu ‘cop’ parking ini sering kali menjadi pertikaian ramai terutamanya mereka yang tinggal kawasan perumahan flat atau lot kedai.

Untuk pengetahuan anda, budaya mengecop parking ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana petak parkir itu adalah hak milik awam.

Sumber: Kartel Dakwah

Mana-mana pihak yang menghalang individu lain untuk menggunakan petak parkir tersebut boleh dikenakan tindakan maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.

Sekiranya kesalahan berulang kali kedua atau lebih, individu itu boleh dikenakan denda maksimum RM4,000 atau penjara tidak lebih dua belas bulan, atau kedua-duanya seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd