Now Reading
[Video] Peniaga Selamba Jual Roti Di Roadblock Buat Orang Ramai Terhibur

[Video] Peniaga Selamba Jual Roti Di Roadblock Buat Orang Ramai Terhibur

Peniaga tersebut dilihat sedang menyediakan satu roti berintikan kaya dan planta kepada seorang pembeli ketika berada di sekatan jalan raya.

[Video] Peniaga Selamba Jual Roti Di Roadblok Buat Orang Ramai Terhibur (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Apabila berada di jalan raya dan ternampak sekumpulan anggota beruniform, automatik dalam kepala terus terfikir adanya sekatan jalan raya atau ‘roadblock’.

Walaupun kadangkala kita tak ada buat apa-apa kesalahan, tetapi setiap kali melintasi sekatan itu mesti akan rasa berdebar. Pelbagai ragam manusia yang boleh dilihat ketika mereka perlu melalui sekatan jalan raya tersebut.

Sebagai contoh, ada segelintir penunggang motosikal yang akan membuat pusingan U dan melawan arus kerana ingin melarikan diri daripada pihak polis.

BACA JUGA: [Video] Geng Rider Didakwa Bawa Motor Lawan Arus Di Jalan Raya Sebab Nak Elak Polis

Peniaga Sempat Jual Roti Di Kawasan Sekatan Jalan Raya

Namun berbeza pula dengan seorang lelaki ini yang dipercayai seorang peniaga roti ‘bergerak’ apabila berniaga menggunakan motosikalnya di tengah-tengah kesibukan anggota polis membuat Sekatan Jalan Raya (SJR).

Menerusi video yang dikongsikan di laman TikTok (@xtra_my), peniaga tersebut dengan selambanya dilihat sedang menyediakan satu roti berintikan kaya dan planta kepada seorang pembeli.

[Video] Peniaga Selamba Jual Roti Di Roadblok Buat Orang Ramai Terhibur (2)
Sumber: TikTok @amirulainul4788

Situasi tersebut telah menarik perhatian seorang juruvideo dan cuba merakam keadaan yang unik itu menggunakan kamera.

Malah, perakam video juga sempat bertanya pendapat juruvideo itu tentang aksi peniaga yang menjual roti di lokasi SJR. Dengan nada gurauan sambil ketawa, katanya ia agak mengarut, mungkin kerana belum pernah dibuat oleh sesiapa.

Pada masa sama, pihak polis ketika itu sedang membuat semakan terhadap beberapa penunggang motosikal termasuklah penghantar makanan di jalan raya tersebut.

Video berkenaan telah meraih 696,000 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

@amirulainul4788

Semasa ditahan jpj untuk pemeriksaan,didapati roadtax motor mamak roti tersebut berada didalam box menyimpan roti ,alang2 menyeluk pekasam terus order roti benggali kaya pelanta

♬ original sound – Amirul ainul – Amirul ainul

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Selepas Lihat Gelagat Peniaga Jual Roti Di Sekatan Jalan Raya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat peniaga itu yang sempat mencari rezeki ketika berada di SJR yang dipenuhi dengan pihak polis.

Kebanyakan netizen berpendapat peniaga itu bijak mengaut keuntungan dengan berniaga roti di kawasan itu.

Malah, mereka turut memuji keberaniannya untuk berniaga pada waktu tersebut dan percaya bahawa rezeki itu ada di mana-mana sahaja.

Di tempat polis buat sekatan jalan raya pun boleh mencari rezeki yang halal, memang rajin betul ya.

Penunggang motosikal yang kena tunggu lama sementara ditahan oleh polis, bolehlah isi perut sekejap dengan roti itu.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd