Now Reading
Pengguna Twitter Dakwa ‘Selfie’ Ain Husniza Undang Komen Negatif & Risiko Jadi Mangsa Buli Siber

Pengguna Twitter Dakwa ‘Selfie’ Ain Husniza Undang Komen Negatif & Risiko Jadi Mangsa Buli Siber

Meskipun mereka mempunyai niat yang baik untuk menegur Ain Husniza, tetapi cara sedemikian boleh meningkatkan risikonya untuk menjadi mangsa buli siber.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seorang aktivis pelajar yang dikenali sebagi Ain Husniza baru-baru ini telah memuat naik gambar swafoto di laman media sosial miliknya dan segelintir individu menyalahkan perbuatannya itu.

Ini kerana ramai yang mendakwa cara dia bergambar serta pakaian yang dikenakan agak ketat.

Seorang pengguna Twitter memberi pendapatnya bahawa dia bersetuju dengan semangat Ain untuk mewujudkan sekolah sebagai lokasi yang lebih selamat.

Tetapi baginya gambar yang dimuat naik oleh Ain seolah-olah sengaja mengundang komen seksual terhadapnya.

Namun, komen pengguna media sosial itu telah dipadamkan selepas ia mendapat pelbagai respon daripada netizen.

Beberapa pengguna media sosial lain bersetuju dengan pendapat individu itu manakala yang lain pula berkata gambar tersebut tidak mempunyai apa-apa kesalahan kerana menganggapnya sebagai swafoto remaja yang normal.

Ada yang siap ambil gambar dengan gaya yang sama seperti Ain untuk menunjukkan tiada apa yang salah dengan gambar seperti itu.

Sebelum ini, seorang wartawan Turki pernah memberi respon kepada mufti Perlis Asri Zainul tentang rancangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Melaka (JAIM) untuk memasang papan tanda mengingatkan pelancong di Pulau Besar supaya berpakaian sopan.

Secara amnya, saya percaya ajaran al-Quran tentang menahan diri lelaki ini sering diabaikan dan penekanan diberikan kepada mengawal tingkah laku wanita.

Wartawan Turki, Mustafa Akyol.

Perkara Ini Boleh Dianggap Sebagai Buli Siber

Niat pengguna Twitter untuk menasihati Ain adalah suatu perkara yang baik tetapi cara tersebut yang dilakukan secara terbuka boleh menyebabkan lebih ramai golongan menjadikan Ain sebagai mangsa kes buli siber.

Pada masa ini, Malaysia tidak mempunyai akta anti-buli siber khusus tetapi bergantung kepada undang-undang Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk mendakwa pembuli siber.

Undang-undang tersebut menyatakan bahawa mereka berkongsi apa-apa kandungan lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau menyinggung adalah satu kesalahan.

Hukuman jika sabit kesalahan ialah denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Bergantung kepada jenis jenayah yang dilakukan, pembuli siber juga boleh didakwa di bawah Akta Fitnah 1957.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd