“Santainya Awak Pun” – Pemandu Myvi Kemalangan Sempat ‘Pose’ Tepi Kereta Terbalik Buat Ramai Terhibur
Pemuda ini menceritakan detik-detik di mana kenderaanya berpusing ketika membuat selekoh tajam berhampiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Orang cakap kita kena kekal tenang bila berdepan dengan masalah. Tetapi pemuda ini punya ‘chill’ memang lain macam.
Memetik laporan Kosmo, pemuda dikenali sebagai Syadad itu yang memandu Perodua Myvi berwarna emas menceritakan detik-detik di mana kenderaanya berpusing ketika membuat selekoh tajam berhampiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Kebiasaannya orang akan panik apabila berdepan situasi mencemaskan itu, tetapi lain pula reaksi pemandu ini apabila dia sempat bergambar bersama kereta Myvi yang terbabas itu.
Berdasarkan perkongsian video dimuat naik olehnya di akaun TikTok (@syadad10), dia kononnya bergambar dengan keretanya untuk memberi peringatan kepada orang rmai untuk berhati-hati di jalan raya.
Kalau anda tengok, memang jelas keretanya sudah remuk dan tingkap keretanya juga sudah pecah.
Walau dilihat seperti tiada apa-apa yang berlaku, Syadad bersyukur tiada kemalangan teruk berlaku kepada dirinya dan sempat ke klinik berdekatan untuk membuat pemeriksaan.
Kereta Myvi miliknya itu juga sudah ditarik dan dibawa ke bengkel untuk dibaiki.
Reaksi Tenang Pemuda Ini Curi Perhatian Ramai
Sikap tenang lelaki ini cukup menghiburkan pengguna media sosial yang melihat vide tersebut. Siap ada yang mengingatkan pemuda itu dia terlibat dalam kemalangan dan bukannya memenangi anugerah.
Malah ada juga bergurau kononnya gambar tersebut merupakan gambar kemalangan yang paling cantik pernah dilihat.
Pada masa sama, ramai yang memuji Myvi yang dikenali sebagia ‘King Of The Road’ kerana berjaya melindungi pemandunya. Mungkin ini boleh jadi ‘marketing’ untuk pasaran Myvi?
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.