Now Reading
[Video] Lelaki Selamba Panjat Pagar & Curi Tong Gas Kini Ditahan Polis

[Video] Lelaki Selamba Panjat Pagar & Curi Tong Gas Kini Ditahan Polis

Kejadian seorang lelaki selamba memanjat pagar dan mencuri tong gas itu dilaporkan berlaku di Taman Rakan, Cheras, Selangor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kes jenayah di Malaysia dilihat semakin menjadi-jadi dan perkara ini sangat membimbangkan. Malah ada juga pelaku yang dengan beraninya melakukan jenayah tersebut di tempat awam secara terang-terangan.

Sebelum ini, seorang usahawan dipercayai diculik di tempat awam oleh sekumpulan pengutip hutang yang menaiki kereta jenis Toyota Vellfire di Pandan Indah, Selangor.

Kejadian tersebut disedari orang ramai dan mereka cuba untuk memberhentikan kenderaan yang dibawa oleh penculik tetapi tidak berjaya.

BACA JUGA: Dipercayai Kerana Hutang, Ahli Perniagaan Diculik Guna Vellfire Sebelum Dibebaskan Di Klang [Video]

Pencuri selamba panjat pagar rumah orang dan ambil tong gas

Baru-baru ini, tular satu video dimuat naik oleh pengguna TikTok (@azmilkkl) menunjukkan aksi seorang lelaki dengan memanjat pagar rumah orang lain dan dengan selamba mencuri tong gas sebelum melarikan dengan menaiki sebuah motosikal.

Aksi pencuri tersebut berjaya dirakam oleh seorang wanita dipercayai tuan rumah sambil menjerit kepada pencuri berkenaan.

Meskipun sedar perbuatannya telah diketahui oleh tuan rumah, namun lelaki berkenaan tetap mengambil tong gas itu dan memanjat keluar dari pagar sebelum beredar dengan bersahaja.

Kejadian ini dipercayai berlaku di kawasan perumahan berhampiran Taman Rakan, Cheras, Selangor.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 2.3 juta tontonan ketika artikel ini ditulis.

Ramai ‘membahan’ pencuri sebab selamba ambil tong gas

Di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat aksi selamba pencuri. Walaupun sudah dijerit oleh tuan rumah, tetapi masih lagi meneruskan perbuatannya itu tanpa rasa takut.

Malah, ada juga yang sempat ‘membahan’ pencuri tersebut kononnya gas di rumah sudah habis dan dia cuma datang nak pinjam sahaja.

Dalam pada itu, jenayah kecurian itu turut membimbangkan orang ramai.

Pencuri tong gas sudah ditangkap

Kejadian mencuri tong gas telah mendapat perhatian jawatankuasa penduduk di sekitar Taman Rakan, Cheras sehingga mereka dilaporkan berjaya memberkas pencuri yang tular mengambil tong gas.

Pencuri tersebut kini telah ditahan oleh pihak polis selepas ditangkap oleh penduduk tempatan ketika didakwa cuba untuk menjual tong gas berkenaan di sebuah kedai runcit.


Sekarang ini memang banyak jenayah berleluasa sehingga boleh membahayakan nyawa seseorang.

Terdahulu, kawasan perumahan sekitar Presint 9 di Putrajaya dilaporkan mengalami beberapa kejadian rompakan bersenjata dengan modus operandi yang sama.

Anda di luar sana kena lebih berhati-hati ya!

BACA JUGA: Kes Samun Rumah Di Putrajaya Makin Parah, Polis Kerap Buat Rondaan & Roadblock


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd