Isu Tular PA SambalNyet ‘Kekwat’, Khairulaming Tampil Perjelas Isu & Mohon Maaf
Khairulaming turut menjelaskan sudah membuang nombor pembantu peribadinya itu daripada media sosial miliknya dan akan mengendalikan kesemua perkara dengan sendiri.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Pada 7 September lalu, satu tweet tular menerusi akaun Twitter @_NazriH telah meraih perhatian pengguna media sosial apabila tweet tersebut menjelaskan bahawa dia dan segelintir individu berhadapan dengan perangai ‘kekwat’ Personal Assistant (PA) kepada pemilik SambalNyet.
BACA JUGA: Khairulaming Tuntut 3 Perkara Lepas Reseller SambalNyet Palsu Tampil Akui Salah & Minta Maaf
Naz juga menerusi tweet sama membandingkan bagaimana dia pernah berhubung dengan Manager kepada penyanyi tersohor tanah air iaitu Datuk Siti Nurhaliza, dan tidak pernah dilayan seperti ini.
Pendek kata, tak ‘kekwat’.
Ramai juga rupanya berhadapan dengan PA Kekwat kepada influencer Hey Whats Up Guys ni. Dari fans dia, terus aku unfollow semua account dia sebab mulut puaka PA dia.
— Naz 🍥 (@_NazriH) September 7, 2022
Kekwat nak mampos. Aku contact Manager Tokti pun tak kekwat mcm kau.
Aku dah fed up. Aku pun cakap lah
— Naz 🍥 (@_NazriH) September 7, 2022
“Boleh tak Saya nak cakap dengan influencer tu terus?”
Pastu PA puaka tu cakap
“Haa apa2 berkenaan influencer tersebut awak mesti melalui saya ye. Takpe ya kami tak berminat. Sebab kami pun busy nk shoot video lagi”
Tweet Tular Raih Perhatian Orang Ramai Yang Turut Kongsi ‘Nasib’ Sama
Lebih mengejutkan apabila tweet berkenaan nyata meraih perhatian segelintir individu di media sosial apabila mereka memberitahu sebelum ini pernah berada di dalam situasi yang sama apabila dilayan sedemikian oleh PA Khairulaming.
Let me add from my side. Walaupun taknak letgo ke but yo service experience is very bad.
— officiallynabil (@nabilazmann) September 8, 2022
Attitude gurl. Eh lupa dah kawen.
But pls @khairulaming i do love u and what u u do like give back to the society and all but this is bad for yo PR Brand.
Would love yo update on this ! pic.twitter.com/lSOQ6bIAc0
Malah, ada juga yang menjelaskan bahawa PA Khairulaming sudah mula ‘buat perangai’ sejak sebelum pandemik lagi, iaitu 3-4 tahun lepas dengan memberikan pengalaman yang sukar kepada klien.

Spot on pic.twitter.com/910Ursuahy
— Shirin Shahidan (@shirin_shahidan) September 8, 2022
KhairulAming Tampil Perjelas Isu & Mohon Maaf
“Saya tak perasan semua ini..” jelas Khairulaming menerusi tweet berbalas.
Khairulaming dalam tweet tersebut turut memohon maaf kepada pengguna Twitter iaitu Naz di atas pengalaman buruk ini. Dia juga memaklumkan akan menyelesaikan perkara ini dengan pembantu peribadanya sendiri.
hi Naz, thank you for the feedback. saya mohon maaf for the bad experience you had with my manager. i overlooked this matter sebab saya delegate all communication with clients to him. I will go through all remaining queries personally and will sort out this matter asap🙏🏻
— Khairulaming (@khairulaming) September 8, 2022
Oleh yang demikian, Khairulaming juga terpanggil untuk menjelaskan segalanya supaya perkara ini dapat diterima oleh orang ramai dan tidak mengeruhkan lagi keadaan.
Pagi ini, sekitar jam 9:30, Khairulaming yang memiliki 1.2 juta pengikut di Twitter tampil mengulas segalanya dengan memberikan beberapa penjelasan mengenai isu tular ini.
Regarding issue semalam, ini wayforward for improvement:
— Khairulaming (@khairulaming) September 9, 2022
1) i have removed all manager’s contacts from social media. for now i sendiri akan manage all inquiries until ada new replacement
Tweet tersebut kini telah berjaya meraih hampir 5,000 retweets setakat artikel ini ditulis.
Baca penuh di bawah:

Semoga penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan walaupun sedikit. Apa-apa pun, banyak pengajaran yang boleh diambil daripada isu ini.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.