Now Reading
Tak Mahu Rakan Berhenti Sekolah, Adik Ini Sanggup Kumpul Duit Nak Bayarkan Yuran Kawan

Tak Mahu Rakan Berhenti Sekolah, Adik Ini Sanggup Kumpul Duit Nak Bayarkan Yuran Kawan

Kanak-kanak lelaki itu meminta RM20 daripada ayahnya bagi mencukupkan wang simpanan selama sebulan yang telah mencapai RM80 untuk membayarkan yuran sekolah KAFA rakannya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Setiap anak itu diibaratkan seperti kain putih, justeru ibu bapa yang bertanggungjawab untuk mencorakkan mereka dengan didikan masing-masing.

Dengan tunjuk ajar yang baik, pastinya mereka akan membesar menjadi seorang yang mempunyai tingkah laku positif dan disenangi ramai.

Sesuai dengan pepatah Melayu iaitu melentur buluh biarlah dari rebungnya yang membawa maksud untuk mengajar seseorang sejak mereka pada usia muda lagi.

BACA JUGA: [Video] Ibu Bapa Dipuji Ajar Anak Berbaik Dengan Pekerja Pembersihan

Anak sanggup kumpul duit bayar yuran untuk halang rakan berhenti sekolah

Baru-baru ini, seorang ayah berkongsi satu kisah yang menyentuh hati menerusi hantaran di laman Facebook (Nasaie Ismail) apabila anak lelakinya sanggup menyimpan duit untuk membayarkan yuran sekolah KAFA rakannya.

Difahamkan, rakan kepada kanak-kanak lelaki itu berniat untuk berhenti sekolah kerana dia datang daripada keluarga yang agak susah dan tidak mampu untuk membayar yuran.

Kisah ini mula diketahui oleh si bapa selepas anaknya dikenali sebagai Yusuf telah meminta RM20 untuk menggenapkan wang simpanannya selama sebulan yang pada ketika itu berjumlah RM80.

Sumber: Odisi

Apabila ditanya tentang tujuan dia ingin meminta sejumlah wang tersebut, rupa-rupanya dia ingin membayarkan yuran kawannya.

Tujuannya nak bayarkan yuran kawan. Bulan lepas dia maklumkan sedih kerana ada kawan nak berhenti sekolah petang (kelas KAFA) sebab tak mampu bayar yuran.

Nasaie Ismail.

Dalam diam, Yusuf telah menyimpan duit belanja sekolah serta wang saku yang diberikan oleh atuk serta neneknya sehingga mencapai jumlah RM80.

Rupanya dalam diam dia kumpulkan duit belanja sekolah dan duit yang atok, opah, wan dan tok wan bagi. Dapatlah RM80. Yuran nak dibayar RM100. Alhamdulillah petang ini (22 Ogos) InsyaAllah Yusuf akan bayarkan yuran untuk kawannya.

Nasaie Ismail

Melihat tindakan anaknya itu membuatkan si bapa menyedari bahawa setiap anak mempunyai kelebihan masing-masing.

Mungkin ada yang mahir dari segi akademik, tetapi ada juga yang bagus dari segi tingkah laku mereka.

Anak yang baik datang dari didikan yang baik juga

“Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi”.

Pepatah ini bersesuaian dengan situasi kanak-kanak lelaki berkenaan terhadap rakannya kerana sikapnya yang baik itu sudah pasti dilakukan atas ajarannya ibu bapanya.

Di ruangan komen hantaran tersebut, ramai memuji hasil didikan ibu bapa Yusuf yang pastinya telah mencorakkan anak mereka dengan ajaran positif.

Malah mereka turut memuji sikap Yusuf yang berhati mulia untuk membantu rakannya itu.

Hebat betul didikan ibu bapa kanak-kanak ini sehingga dia begitu prihatin dengan nasib rakannya.

Semoga Yusuf membesar menjadi individu yang banyak membantu masyarakat pada masa akan datang.

BACA JUGA: Kanak-kanak Ini Belanja 35 Anak Yatim McDonald’s Guna Duit Hasil Jual Mainan. Baiknya!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd