Now Reading
[Video] 2 Penari Cedera Dihempap Skrin LED Ketika Konsert Mirror Di Hong Kong

[Video] 2 Penari Cedera Dihempap Skrin LED Ketika Konsert Mirror Di Hong Kong

Dua orang penari kumpulan Mirror dihempap skrin LED gergasi ketika persembahan konsert di Hong Kong Colliseum malam semalam (28 Julai).

Penari Dihempap Skrin LED Gergasi Ketika Persembahan Konsert Mirror Di Hong Kong

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Persembahan konsert oleh kumpulan lelaki popular, Mirror terpaksa dibatalkan selepas satu insiden mengerikan dilaporkan berlaku malam semalam (28 Julai) di Hong Kong Colliseum.

Dalam insiden tersebut, tali yang memegang skrin LED gergasi terputus dan jatuh menghempap dua orang penari di atas pentas ketika konsert sedang berlangsung.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan skrin LED yang terjatuh itu terkena pada kepala dan badan seorang penari sebelum ianya melantun ke arah seorang lagi penari.

Selepas skrin itu terjatuh, kedengaran jeritan penonton yang ketakutan dan persembahan juga dihentikan serta-merta.

Menerusi video yang tersebar, dapat dilihat kesemua penari yang berada di atas pentas juga terkejut dan segera bantu menyelamatkan dua mangsa terbabit.

Dua orang penari segera dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan

Memetik laporan South China Morning Post, dua orang penari yang dihempap oleh skrin LED berada dalam keadaan sedar ketika dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth untuk diberikan rawatan.

Difahamkan salah seorang penari mengalami kecederaan di bahagian kepala tetapi berada dalam keadaan stabil. Walau bagaimanapun, seorang lagi berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami kecederaan serius di bahagian leher.

Berikutan insiden itu, konsert berkenaan ditamatkan dan penonton diminta untuk meninggalkan Hong Kong Colliseum.

Sumber: South China Morning Post

Hong Kong Colliseum kini sedang disiasat

Kemalangan tersebut telah menyebabkan bantahan dari ramai peminat yang mengecam penganjur konsert.

Mereka mendakwa pihak penganjur tidak mempunyai waktu yang mencukupi untuk membuat pemeriksaan lokasi serta mengabaikan keselamatan penggiat seni.

Kerajaan Hong Kong juga telah menangguhkan konsert seterusnya di lokasi berkenaan sehingga reka bentuk pentas serta struktur mekanikalnya terbukti selamat untuk diduduki.

Sumber: The Standard

Laporan The Standard memaklumkan Leisure and Cultural Services Department juga telah menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat punca kemalangan ketika konsert di Hong Kong Coliseum sehingga mencederakan dua orang penari.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd