Now Reading
[Video] Trafik Sesak 3 Jam Di Tapah, Pengguna Jalan Raya Lepak Luar Kereta. Santai Ya!

[Video] Trafik Sesak 3 Jam Di Tapah, Pengguna Jalan Raya Lepak Luar Kereta. Santai Ya!

Katanya ada yang sempat main badminton lagi waktu jalan sesak dari Ipoh menuju ke Kuala Lumpur akibat lori treler terbalik.

Jalan Sesak Lama Sangat Di Tapah, Pemandu Siap Boleh Lepak Luar Kereta

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila berlaku kemalangan di lebuh raya, automatik jalan akan sesak kerana kenderaan tersebut telah menghalang laluan sehingga menjadi agak sempit.

Nak tak nak kita sebagai pemandu memang kena banyak bersabar. Tak apa, yang penting dapat tiba ke destinasi dengan selamat, betul tak?

BACA JUGA: [Video] Myvi ‘Hentam’ Kereta Axia Lepas Terbabas Ke Jalan Bertentangan Di Johor Bahru

Lori treler terbalik punca kesesakan sepanjang 11.3 kilometer

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok (pokjo21) memuat naik satu video menunjukkan kesesakan jalan raya yang ‘melekat’ kerana berlakunya satu kemalangan melibatkan sebuah lori treler terbalik secara melintang dan menghalang laluan kedua-dua lorong di lebuh raya.

Menurut laporan Berita Harian, kemalangan tersebut dilaporkan berlaku pada petang Ahad (23 Julai) di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di Tapah, Perak dan menyebabkan kesesakan sepanjang 11.3 kilometer.

Trafik ‘melekat’ sampai ramai pemandu keluar kereta

Disebabkan kesesakan yang terlalu lama, ramai pengguna jalan raya berkongsi video di TikTok menunjukkan suasana ‘meriah’ ketika terpaksa menghadap kesesakan selama tiga jam.

Siap ada yang keluarkan kerusi lipat dan duduk berborak dengan pemandu lain. Bukan orang dewasa je, kanak-kanak pun keluar sekali dengan ibu bapa mereka untuk ambil angin.

Sekali tengok macam dekat kawasan rehat R&R, rupanya atas lebuh raya je! Mesti ramai yang dah bosan duduk lama sangat dalam kereta kan?

@zulaikhaharun

Stuck dekat km314.3 . Treler terbalik melintang jalan. #fromipohtokl #fyp

♬ Che La Luna – Louis Prima

Orang ramai terhibur tengok macam-macam gelagat pemandu

Jarang kita tengok jalan raya tiba-tiba jadi macam kawasan orang berehat. Rata-rata orang ramai yang melihat video-video di TikTok ini pun terhibur dengan gelagat mereka. Macam-macam betul eh!

Nak tahu apa yang lagi best? Katanya ada yang ternampak mereka sempat main badminton lagi ya sementara jalan tak bergerak. Rare betul ni!

Tengok video pun terhibur, bila baca komen-komen pengguna media sosial makin bertambah gelak kami. Bukan selalu dapat pengalaman macam ini kan?

Sekali-sekala dapatlah berkenalan dengan pemandu lain. Mana tahu terjumpa jodoh. Eh?

BACA JUGA: Lelaki Ini Kupas Isu Kenapa Millennials Susah Cari Jodoh. Setuju?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd