Now Reading
[Video] Myvi ‘Hentam’ Kereta Axia Lepas Terbabas Ke Jalan Bertentangan Di Johor Bahru

[Video] Myvi ‘Hentam’ Kereta Axia Lepas Terbabas Ke Jalan Bertentangan Di Johor Bahru

Kereta Myvi tersebut telah melanggar pembahagi jalan dan merempuh sehingga remuk sebuah Perodua Axia di jalan bertentangan.

[Video] Myvi Terbabas Rempuh Axia Di Jalan Bertentangan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Siapa je nak terlibat dalam kemalangan jalan raya, betul tak? Kadang-kadang kita sebagai pemandu dah cuba sedaya upaya pandu dengan berhemah, tetapi orang lain pula yang cuai.

Seperti satu kes berlaku baru-baru ini, sebuah kereta Perodua Axia telah dilanggar teruk oleh kereta Myvi di sebuah jalan raya berhampiran Apartment Cube 8 Teens di Johor Bahru.

Kemalangan tersebut berjaya dirakam oleh kamera dashcam pemandu lain di tempat kejadian ketika perlanggaran itu berlaku pada waktu malam.

Menerusi satu video dimuat naik semalam (24 Julai) oleh Franklin Unity di laman YouTube miliknya (Franklin Unity), kereta jenis Perodua Myvi dilihat dipandu dengan sangat laju sehingga menyebabkan dia terbabas dan memasuki jalan bertentangan.

Keadaan menjadi semakin keruh apabila Myvi berkenaan telah menghentam sebuah kereta Axia di bahagian hadapan sehingga remuk.

Sumber: YouTube Franklin Unity

Orang ramai harap keadaan jalan raya diperbaiki

Video dimuat naik itu telah meraih 78,300 jumlah tontonan dan rata-rata orang ramai memberi pelbagai pendapat tentang kejadian kemalangan tersebut.

Ada yang meluahkan rasa simpati dengan pemandu kereta Axia itu kerana menjadi mangsa kemalangan.

Turut menjadi topik perhatian adalah keadaan jalan raya berkenaan yang dianggap perlu diperbaiki terutamanya dari segi ketinggian pembahagi jalan.

Katanya kemalangan yang berlaku di jalan berkenaan bukanlah kali pertama terjadi. Malah pemilik rakaman video dashcam itu juga ingin membantu sekiranya keluarga mangsa tersebut ingin sebarang bukti kejadian.

Diharapkan pihak berkuasa dapat segera mengambil tindakan sewajarnya untuk mengelakkan kejadian sama berulang lagi.

BACA JUGA: [Viral] Wanita Ini Mohon Individu Tampil Jika Ada Video Footage Dashcam Kemalangan Di Highway PLUS Sungkai, 11 Julai


Tips ketika terlihat kemalangan

Kalau anda ternampak mana-mana kemalangan berlaku di jalan raya dan ingin memberikan bantuan, ini antara tips yang boleh anda pertimbangkan:

  • Alihkan objek bahaya berdekatan mangsa di kawasan kemalangan. Jika sukar dialihkan, elakkan berada di kawasan berdekatan objek tersebut.
  • Periksa keadaan mangsa sama ada masih sedar ataupun tidak.
  • Segera hubungi talian 999 untuk dapatkan bantuan. Maklumkan tentang butiran diri anda, jenis kecemasan, lokasi serta keadaan mangsa.
  • Jika anda mempunyai ilmu bantuan kecemasan Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR), boleh juga bantu dengan cara memberi CPR kepada mangsa. (jika perlu)

BACA JUGA: Ada Orang Kemalangan? Ini Tips Untuk Anda Yang Berada Berdekatan Mangsa


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd