Now Reading
[Viral] Wanita Ini Mohon Individu Tampil Jika Ada Video Footage Dashcam Kemalangan Di Highway PLUS Sungkai, 11 Julai

[Viral] Wanita Ini Mohon Individu Tampil Jika Ada Video Footage Dashcam Kemalangan Di Highway PLUS Sungkai, 11 Julai

Jika anda atau kenalan mempunyai apa-apa maklumat tentang kejadian kemalangan di atas, boleh terus hubungi Puan Tasya di 016 407 0559.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seorang pengguna Instagram hari ini telah memuat naik satu perkongsian di akaun miliknya meminta pengguna jalan raya yang memiliki footage dashcam kemalangan di Highway Plus Sungkai (Arah Selatan) pada semalam (11 Julai 2022) untuk tampil.

Kemalangan tersebut dilaporkan berlaku pada jam 7:30 malam melibatkan keretanya, Inspira Putih dan sebuah BMW berwarna silver gelap.

Namun disebabkan keadaan jalan yang agak gelap ketika itu, dia tidak dapat melihat dengan jelas apakah no pendaftaran kenderaan BMW terbabit sebaliknya hanya mengetahui no pangkalnya iaitu RS, no plat yang dikhaskan untuk kenderaan dari Perlis.

Wanita itu yang dikenali sebagai Tasya meminta orang ramai untuk menghubungi dirinya secepat mungkin kerana kemalangan itu telah menyebabkan bayinya berusia 4 bulan kini bertarung di NICU akibat patah tulang pinggul, kedua-dua tulang peha dan pendarahan otak akibat tercampak di tengah-tengah lebuh raya.

Anak saya tercampak ke tengah jalan dek sebuah kereta BMW kelabu gelap bernombor plat RS (nombor tak perasan) yang masuk dari laluan paling kiri terus mencelah ke depan kereta kami (Inspira putih).

Tulis Tasya di Instagram.

Perkongsian Tasya setakat ini telah meraih lebih 52,000 likes dan orang ramai juga dilihat turut berkongsikan hantaran tersebut menerusi IG Story mereka.

Jika anda atau kenalan mempunyai apa-apa maklumat tentang kejadian kemalangan di atas, boleh terus hubungi Puan Tasya di 016 407 0559.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd