Now Reading
2 Beradik Tunai Haji Pada Usia Muda Lepas Ibu Simpan Dalam Tabung Haji Sejak Bayi

2 Beradik Tunai Haji Pada Usia Muda Lepas Ibu Simpan Dalam Tabung Haji Sejak Bayi

Ibu kepada dua beradik ini telah mula menyimpan di dalam akaun Tabung Haji untuk anak-anaknya sejak mereka masih kecil melalui potongan gaji.

dua beradik tunai haji pada usia muda

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap umat Islam pasti mempunyai impian untuk melakukan rukun Islam kelima iaitu ibadah haji yang dilaksanakan di tanah suci Mekah dari 9 hingga 13 Zulhijah.

Namun, kos untuk menunaikan haji semakin meningkat sehingga mencecah hampir RM270,000 untuk seorang. Peningkatan harga ini menyebabkan impian sesetengah umat Islam terbantut.

BACA JUGA: Pakej Tunai Haji Swasta Cecah RM50,000 Hingga RM270,000 Seorang

Ibu buat simpanan Tabung Haji dengan potongan gaji

Dua adik-beradik berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini bertuah selepas diberi peluang untuk mengerjakan ibadah haji pada usia muda.

Wan Amier Ashraf Yamin, 21 tahun serta kakaknya Wan Arina Azrinor Yamin berusia 29 tahun meluahkan rasa syukur terhadap kesungguhan ibu mereka iaitu Sharifah Norkaya Shah Latif yang mula menabung di dalam Tabung Haji sejak mereka masih kecil.

Sumber: Sinar Harian

Menurut laporan, pesara guru berusia 57 tahun ini mula menabung dalam akaun Tabung Haji ketika Wan Arina Azrinor berusia lima tahun, manakala anak lelakinya pula baru beberapa bulan selepas dilahirkan pada 2001.

Ibu saya menyimpan untuk kami berdua dalam Tabung Haji melalui potongan gaji. Bagi kami, ini adalah tanda kasih sayang mereka kepada kami. Terima kasih buat kedua ibu bapa kami kerana sentiasa memikirkan tentang masa depan anak-anak.

Wan Arina Azrinor Yamin.

Gementar pergi Haji tanpa kedua ibu bapa

Wan Arina Azrinor yang merupakan penuntut Sarjana Sains Akuakultur dari Universiti Malaysia Sabah meluahkan rasa gembira kerana dapat merealisasikan impian untuk mengerjakan haji bersama adik lelakinya.

Sebenarnya adik lelaki saya yang dapat tawaran, tetapi saya membuat rayuan untuk ikut serta. Sebelum ini, saya pernah mendapat tawaran mengerjakan haji, namun terpaksa ditolak kerana tiada mahram pada ketika itu.

Wan Arina Azrinor Yamin.

Pada masa yang sama, wanita ini juga agak gementar kerana akan ke tanah suci tanpa keberadaan ibu bapanya.

Dua adik-beradik ini merupakan sebahagian daripada kumpulan pertama 142 jemaah haji dari Sabah yang berlepas ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan penerbangan ke tanah suci.

Kami doakan semoga kesemua jemaah haji pada tahun ini mendapat haji yang mabrur. Amin.

BACA JUGA: Penerbangan Pertama Haji Rakyat Malaysia Dijangka 4 Jun Ini


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd