Now Reading
Pakej Tunai Haji Swasta Cecah RM50,000 Hingga RM270,000 Seorang

Pakej Tunai Haji Swasta Cecah RM50,000 Hingga RM270,000 Seorang

Peningkatan kos haji juga disebabkan oleh kenaikan cukai nilai tambah (VAT) yang dikenakan kerajaan Arab Saudi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, menunaikan haji adalah rukun Islam ke-5 dan ianya dikerjakan hanya di sekitar tanah suci Mekah dari 9 hingga 13 Zulhijah.

Haji menurut syarak adalah mengunjungi Baitullah (Rumah Allah SWT) di Mekah untuk beribadat ‘manasik’ (tawaf, saie, bergunting) dan wukuf pada waktu serta syarat-syarat tertentu dalam bulan Zulhijah.

Kos Tunai Ibadah Haji Swasta Meningkat.

adliwahid/Pixabay

Walau bagaimanapun, kos untuk menunaikan ibadah haji tahun ini menerusi syarikat pengendali umrah dan haji swasta dijangka mencecah antara RM40,000 hingga RM50,000 seorang, kata Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) Datuk Seri Razali Mohd Sham.

Menurutnya lagi, peningkatan itu berikutan kos pengurusan haji yang semakin melonjak meliputi penginapan, makanan dan pengangkutan perlu ditanggung oleh para jemaah.

Dahulu kos untuk seorang jemaah haji menginap di Arafah dan Mina adalah sebanyak 1,034 Riyal (kira-kira RM1,166.44), sekarang sudah 5,433 Riyal (bersamaan kira-kira RM6,128.72).

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) Datuk Seri Razali Mohd Sham.

Pihak Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan kos meningkat kepada lebih RM25,000 itu adalah susulan kenaikan berkaitan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi.

Sudah pasti bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan swasta ini perlu mengambil kira (pelbagai sudut termasuk) kedudukan hotel yang berdekatan dengan masjid dan sebagainya (yang) akan mempengaruhi kos.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) Datuk Seri Razali Mohd Sham.

Kenaikan Kos Sebab Kekurangan Hotel Beroperasi.

Pengarah Urusan Manazel Al Mashaer Travel Services Sdn Bhd Mohd Lokman Hamzah menjelaskan kenaikan harga itu antara lain disebabkan oleh kos penginapan yang melambung tinggi susulan kekurangan hotel yang dibenarkan beroperasi.

Hotel itu ada, tapi permit atau pun lesen untuk beroperasi itu belum diluluskan lagi atas faktor Covid-19 dan SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi. Kalau dahulu untuk sebilik katakanlah semasa Ramadan, kita boleh dapat (harga) dalam RM18,000 hingga RM19,000, tetapi sekarang dah jadi RM25,000 sebilik disebabkan kekurangan hotel.

Pengarah Urusan Manazel Al Mashaer Travel Services Sdn Bhd Mohd Lokman Hamzah.

Mohd Lokman bagaimanapun berkata kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan.

Kemungkinan (permintaan haji daripada jemaah) akan berkurangan disebabkan kenaikan kos. Kalau jemaah sudah terpilih, sudah tentu dia akan pilih TH yang (menawarkan kos haji sebanyak) RM25,000. Nak tak nak, mesti dia kena pergi (menunaikan haji) juga.

Pengarah Urusan Manazel Al Mashaer Travel Services Sdn Bhd Mohd Lokman Hamzah.

Berbanding dengan pakej swasta, pakej (menunaikan haji) paling rendah adalah RM53,000 atau RM55,000. Malah, rata-rata dari semua agensi paling rendah RM55,000 dan untuk pakej yang paling tinggi pula boleh mencecah RM270,000 yang dahulunya RM230,000.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd