Now Reading
Pelantikan Nurulhidayah Sebagai Naib Pengerusi MQ Technology Dikritik Netizen

Pelantikan Nurulhidayah Sebagai Naib Pengerusi MQ Technology Dikritik Netizen

Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dilantik sebagai Naib Pengerusi MQ Technology berkuat kuasa semalam (2 Jun).

Nurulhidayah Naib Pengerusi MQ Technology

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Nama Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menjadi bualan rakyat Malaysia baru-baru ini selepas dia memberi pendapat bahawa wanita tidak dilahirkan sebagai seorang pemimpin.

Namun, apa yang dimaksudkan adalah kepimpinan melibatkan jawatan tertinggi seperti Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan jawatan lain setanding dengannya.

BACA JUGA: “Perempuan Tidak Dilahirkan Sebagai Pemimpin Sebab…” – Nurulhidayah

Dilantik sebagai Naib Pengerusi MQ Technology

Berkuat kuasa mulai 2 Jun 2022, Nurulhidayah kini telah memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi selepas dilantik oleh MQ Technology Bhd.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif Menara Rezeki Sdn Bhd. Bukan itu sahaja, Nurulhidayah juga pernah memegang jawatan Pengarah Eksekutif Ri-Yaz Hotels & Resorts dari April 2016 sehingga April 2017.

Sumber: Instagram @nurul.zahid

Nurulhidayah yang berusia 44 tahun itu mempunyai Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Lincoln University College dan merupakan anak sulung kepada Presiden UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Netizen kecam pelantikan Nurulhidayah

Belum reda lagi isu tentang kepimpinan dalam kalangan wanita, Nurulhidayah kini dikecam sekali lagi oleh netizen selepas dia dilantik sebagai jawatan Naib Pengerusi MQ Technology.

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan pelantikan itu dan membuat kesimpulan bahawa ianya tidak seperti apa yang dikatakan sebelum ini tentang wanita yang tidak seharusnya menjadi pemimpin.

Rezeki orang lain-lain kan? Mungkin mesej sebenar yang ingin disampaikan dalam video yang tular sebelum ini disalah anggap dan mempunyai maksud yang lain.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd