Now Reading
“Perempuan Tidak Dilahirkan Sebagai Pemimpin Sebab…” – Nurulhidayah

“Perempuan Tidak Dilahirkan Sebagai Pemimpin Sebab…” – Nurulhidayah

Dia mempertahankan kenyataan “wanita tidak dilahirkan untuk menjadi pemimpin” yang kini dikecam hebat oleh netizen.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid hari ini dilihat telah mempertahankan kenyataannya tentang isu “Wanita tidak dilahirkan untuk menjadi pemimpin”.

Dia menyatakan masih terdapat peranan yang boleh dimainkan oleh para wanita di luar sana untuk menjadi sebahagian daripada struktur kepimpinan.

Menurut anak sulung Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ini, tiada isu untuk seorang wanita menjadi ahli Parlimen, ADUN mahupun pemilik pengurusan syarikat.

“Apa yang saya maksudkan adalah pucuk kepimpinan tertinggi seperti Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan jawatan lain yang setanding dengannya,” tulis Nurulhidayah dalam catatan Instagram miliknya.

Dia dilihat membalas kritikan yang diterimanya di media sosial oleh kerana kenyataannya ketika wawancara episod ‘Frank Politik’ bersama Sinar Daily (portal bahasa Inggeris di bawah Sinar Harian).

Semasa temu bual berkenaan, dia diminta untuk mengulas mengenai hak dan perwakilan wanita dalam politik.

Menjawab soalan itu, Nurulhidayah berkata: “Saya rasa wanita tidak dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Lelaki dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Saya fikir untuk hak, semua orang mempunyai hak kerana kita semua manusia.”

Menariknya, dia turut disoal tentang cara dirinya menangani segala kritikan di platform media sosial.

On the positive part, I just… you know, they are my friends. On negative parts – block, delete and ignore these attention seekers.

Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Video temu bual pendek (snippet) yang dimuat naik ke TikTok oleh Sinar Daily telah mendapat lebih 55,000 tontonan setakat artikel ini ditulis.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang dilihat mempersoalkan mesej yang cuba disampaikan oleh Nurulhidayah.


Anda boleh tonton sendiri video penuh di bawah:


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd