Now Reading
Trend Solat Dengan Kipas Angin Sebagai ‘Makmum’ Dianggap Jahil – Mufti

Trend Solat Dengan Kipas Angin Sebagai ‘Makmum’ Dianggap Jahil – Mufti

Trend solat dengan kipas angin ini dipercayai muncul apabila golongan bujang dikatakan ini merasai bagaimana perasaan solat bersama pasangan suami dan isteri.

solat dengan kipas angin

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak kebelakangan ini, satu lagi ‘trend’ melampau telah muncul di media sosial apabila segelintir golongan dilihat solat di samping sebuah kipas yang memakai telekung seolah-olah kipas tersebut adalah ‘orang’ (makmum).

Menurut laporan NST, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata isu ini sepertinya menjadi trend terkini dalam kalangan anak muda dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

solat dengan kipas angin
Sumber: Majoriti

“Saya nasihatkan mereka memperkayakan diri dengan ilmu agama, mendapatkan bantuan guru agama atau menghadiri kuliah di masjid atau surau.

“Jangan menghina Islam dan mengikut membuta tuli apa yang ditayangkan di YouTube atau sumber lain yang tidak diketahui. Amalan karut ini hendaklah dilaporkan kepada pejabat agama supaya tindakan boleh diambil,” tegasnya.


Solat Dengan Kipas Angin: Pelaku Jahil & Mempersendakan Islam – Mufti

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian menjelaskan bahawa perbuatan itu adalah satu penghinaan terhadap agama Islam dan perlu diadili di mahkamah syariah.

Menurutnya lagi, mempersendakan Islam adalah jelas berdosa besar dan boleh merosakkan akidah seseorang itu.

Rasanya isu ini tidak perlu komen banyak, sudah jelas pelakunya sama ada jahil atau tidak siuman. Jika pelaku berniat untuk mempersenda ibadat, maka dia dikira murtad dan wajib bertaubat.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menerusi Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Wan Salim turut menggesa masyarakat untuk sedar bahawa perbuatan mempersendakan atau memperolok-olokkan ibadat adalah berdosa dan boleh merosakkan akidah keimanan seorang Muslim.


Trend Ini Perlu Disiasat Oleh Pihak Berkuasa

Wan Salim menegaskan pihak berkuasa untuk menyiasat sama pelaku adalah seorang yang siuman, mengalami masalah mental atau sebaliknya.

solat dengan kipas angin
Sumber: REMAJA

Saya harap pihak berkuasa segera menyiasat dan bertindak selaras dengan hasil siasatan. Jika pelaku didapati sengaja mempersendakan agama atau ibadah, maka dia perlu diadili di mahkamah syariah dan dihukum mengikut undang-undang sedia ada.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menerusi Sinar Harian.

Jika sebelum ini, trend ‘unboxing’ isteri pernah tular di media sosial sehingga menjadi salah satu topik perdebatan netizen, kali ini timbul pula trend baharu yang secara terang-terangan telah mempersendakan agama Islam.

BACA SINI: Pendakwah Agama Larang Netizen Ikut Trend ‘Unboxing By Husband’ Di TikTok

Trend solat dengan kipas angin sebagai ‘makmum’ ini dilihat dilakukan oleh individu bujang yang berlakon seperti sedang menunaikan solat bersama pasangan masing-masing.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd