Now Reading
Pekerja DBKL Jumpa Patung Besar Dalam Longkang Di Tempat ‘Hotspot’ Banjir Kilat

Pekerja DBKL Jumpa Patung Besar Dalam Longkang Di Tempat ‘Hotspot’ Banjir Kilat

Pekerja DBKL itu pun terkejut apabila mengeluarkan patung besar dari dalam longkang di kawasan kerap kali berlaku banjir sekitar Kuala Lumpur.

DBKL jumpa patung besar dalam longkang

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sekarang ini kalau hujan lebat lama sikit di sekitar Kuala Lumpur, mesti ramai yang mula risau kerana sudah beberapa kali bandar ini dilanda banjir kilat sehingga menenggelamkan banyak kereta.

Bukan itu sahaja, ramai pengguna jalan raya yang akan tersekat di tengah-tengah jalan dan tidak boleh bergerak ke destinasi yang dituju sementara menunggu air banjir surut.

BACA JUGA: KL Dilanda Banjir, Beberapa Kawasan Masih Selamat Untuk Digunakan

Patung besar dijumpai dalam longkang di Kuala Lumpur

Setiap kali banjir kilat berlaku di Kuala Lumpur, mesti ramai akan bengang dan menyalahkan sistem perparitan di bandar ini yang tidak baik.

Sistem perparitan yang baik perlu datang sekali dengan masyarakat yang pandai menjaga kebersihan kawasan setempat bagi mengelakkan kejadian banjir kilat berlaku.

Mana tidaknya, baru-baru ini sebuah patung besar dijumpai oleh seorang pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika sedang membersihkan sebuah longkang di kawasan kerap kali berlaku banjir kilat di Kuala Lumpur.

Saiz patung itu yang boleh dilihat di dalam video berdurasi lapan saat di Facebook DBKL pastinya akan membuatkan anda terkejut. Macam manalah tak berlakunya banjir kalau barang sebesar ini pun dibuang ke dalam longkang?

Ini baru satu yang dijumpai.

Ramai warganet yang bengang

Video tersebut yang telah berjaya meraih 35,000 tontonan telah menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan masyarakat apabila mengetahui ada individu yang tidak berfikir dahulu sebelum membuang barang sebesar itu ke dalam longkang.

Dalam pada masa sama, warganet turut memuji usaha DBKL dalam mengatasi masalah banjir kilat yang kerap kali berlaku di Kuala Lumpur.

Mungkin sudah tiba masanya untuk kita berhenti menunding jari kepada pihak lain dan mula mendidik diri untuk membuang sampah di tempat yang sepatutnya dan menjaga kebersihan kawasan persekitaran dengan baik.

BACA JUGA: Beberapa Jalan di KL Banjir Akibat Hujan Lebat. Terowong SMART Juga Ditutup


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd