Now Reading
KL Dilanda Banjir, Beberapa Kawasan Masih Selamat Untuk Digunakan

KL Dilanda Banjir, Beberapa Kawasan Masih Selamat Untuk Digunakan

Kemas kini oleh pihak polis pada 1.30 petang berkata air banjir telah surut di Jalan Sultan Azlan Shah, Batu Bata, Kampung Periuk, Lorong Raja Mahadi dan Jalan Ampang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Banjir kilat telah menyebabkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur dilanda banjir berikutan hujan tanpa henti pagi ini.

Netizen juga dilihat mula menyiarkan gambar air naik dan banjir di kawasan mereka di media sosial.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu tweet mengumumkan bahawa Terowong Pintar (Smart Tunnel) telah ditutup sepenuhnya sebagai persediaan menghadapi banjir setakat 12.28 tengah hari tadi.

DBKL menambah, Jalan Ampang ke Jalan Dang Wangi telah dilanda banjir. Menurut laporan Free Malaysia Today, air di jalan-jalan ini tidak dapat dikawal oleh kerana longkang tersumbat.

Polis mengenal pasti enam jalan yang masih boleh dilalui oleh pengguna jalan raya, iaitu:

  • Jalan Changkat Thambi Dollah
  • Jalan Maharajalela
  • Jalan Brunei
  • Jalan Pudu
  • Jalan Kuching
  • Jalan Raja

Kemas kini oleh pihak polis pada 1.30 petang berkata air banjir telah surut di Jalan Sultan Azlan Shah, Batu Bata, Kampung Periuk, Lorong Raja Mahadi dan Jalan Ampang.

Awal hari ini, Jabatan Kaji Cuaca (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Kuala Lumpur, Selangor, dan Putrajaya yang dijangka berlarutan sehingga 1 tengah hari.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd