Netizen Luah Rasa Kecewa Penganjur Biar Warga Emas Berdiri Tengah Panas
Warga emas dipercayai pesara tentera terpaksa berdiri di bawah cuaca panas kerana ingin menuntut kebajikan mereka.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kalau kita pergi ke mana-mana tempat, warga emas pasti akan diberi layanan yang baik kerana faktor usia mereka yang sudah berusia. Sebagai contoh di setiap gerabak tren mempunyai ruang duduk khas kepada golongan ini.
Beradab dan berperikemanusiaan terhadap golongan ini dianggap ‘common sense’ dan perlu diterapkan dalam diri masing-masing.
BACA JUGA: [Video] Tuan Rumah Kecewa Makanan Terbazir Lepas Tetamu Tak Datang ‘Open House’
Pesara warga emas diarah berdiri tengah panas
Namun baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang pengguna Twitter (ShahzwanZdainal) berkongsi situasi yang membuatkan ramai pilu dan sedih melihatnya. Di dalam tweet tersebut, sekumpulan warga emas dipercayai pesara tentera terpaksa berdiri di bawah terik matahari dalam satu majlis rumah terbuka di Putrajaya.
Golongan pesara tentera ini yang memakai pakaian seragam berwarna putih didakwa berbuat demikian kerana ingin menuntut kebajikan mereka dijaga dengan baik.
Dalam kalangan warga emas itu, ada yang dilihat sudah tidak selesa dan terduduk di bawah lantai kerana tidak tahan dengan cuaca yang panas terik.
Cash is King, King is Rakyat?
— Ben (@ShazwanZdainal) May 24, 2022
Mereka makan berhidang, rakyat berbungkus saja. Inikah kongsi kek bersama? Keluarga Malaysia?
Kalau tak dapat bersama makan di dewan aircond, janganlah hanya bagi makanan bungkus dan biarkan mereka duduk makan di rumput.
Sediakan meja utk mereka! pic.twitter.com/ya33WxcpA5
Netizen kesal penganjur tak beri layanan yang baik kepada warga emas
Di ruangan komen tweet tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan pihak peganjur kerana sanggup membiarkan warga emas berdiri di bawah terik matahari tanpa diberikan kerusi atau khemah.
Tergamak betul sidai veteran bawah terik mentari. Kalau tak boleh layan dan hormat para veteran sebagai wira negara, sekurang2nya layan mereka mcm orang tua yg kudratnya dah tak sama mcm orang muda. Common sense dah jadi benda rare ke skrg ni?
— kèma (@akmalz99) May 24, 2022
Yang angkat senjatanya orang lain, yang perang orang lain, tapi yang dapat nama manusia2 berairond yang tak reti apa pun takat modal liur je.
— Bumblebee🇲🇾🇵🇸 (@ZaraWanee) May 24, 2022
Aku pun x fhm…xkan Kementerian x boleh sewakan dewan bg dorg duduk makan buat mcm majlis…kesian juga bila tengok veteran tentera diperlakukan sebegini…berilah penghargaan untuk mereka yg pernah berkhidmat pada negara…😢
— MB 🇲🇾 (@MBolhassan) May 24, 2022
Ada juga yang mendakwa bahawa majlis itu adalah anjuran Kementerian Pertahanan dan dihadiri oleh menterinya sendiri iaitu Datuk Seri Hishammuddin bin Hussein serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang lain.
Golongan VIP ini juga diberikan layanan yang lebih baik dengan disediakan kerusi, meja dan persekitaran sejuk menggunakan pendingin hawa.
Ni hari open house mindef. Bkn setakat menteri makan tempat aircon. Org politik, Ketua Ketua bahagian umno semua ada. Dok tempat selesa. Berhidang.
— deys (@jaifaizal) May 24, 2022
Namun sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak penganjur berhubung kejadian yang tular di media sosial ini.
Diharapkan, nasib warga emas ini dibela dengan sewajanya setimpal dengan keadaan yang terpaksa dihadapi oleh mereka.
BACA JUGA: [Video] Tindakan 2 Rider Bantu Warga Emas Lintas Jalan Terima Pujian Netizen
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.