Now Reading
[Video] Tuan Rumah Kecewa Makanan Terbazir Lepas Tetamu Tak Datang ‘Open House’

[Video] Tuan Rumah Kecewa Makanan Terbazir Lepas Tetamu Tak Datang ‘Open House’

Kuah laksa yang berbaki satu periuk juga sudah basi pada keesokan harinya serta terdapat tiga bekas ayam perap ayam masih tersimpan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tahun ini ramai yang ‘balas dendam’ selepas sudah lama tidak berkesempatan untuk menziarahi saudara-mara dan rakan ketika perayaan Aidilfitri.

Boleh dikatakan hampir setiap minggu ada sahaja jemputan untuk ke rumah terbuka kawan-kawan dan ahli keluarga. Masa inilah dapat berkumpul balik beramai-ramai dan bertanya khabar sesama sendiri.

BACA JUGA: Ini 5 Hidangan Tradisional ‘Rare’ Ditemui Di Pagi Raya Aidilfitri

Banyak makanan terbazir buat rumah terbuka

Tatkala kita semua bergembira apabila membuat rumah terbuka, tetapi lain pula dengan pasangan suami isteri ini apabila niat mereka untuk memberi makan kepada jemputan tidak kesampaian.

Menerusi video dimuat naik di TikTok (mike evo), lelaki tersebut menunjukkan beberapa jenis makanan yang sudah dimasak dalam kuantiti banyak tetapi tidak habis kerana tetamu yang dijemput untuk ke rumah terbuka mereka tidak memunculkan diri.

Berdasarkan video tersebut, anda boleh tengok satu periuk berisi kuah laksa masih banyak dan dikatakan sudah basi pada kessokan harinya. Bukan itu sahaja, bungkusan laksa yang dibeli juga tidak habis digunakan.

Selain hidangan tersebut, tuan rumah juga menyediakan ayam perap untuk para tetamu tetapi masih berbaki tiga bekas yang belum dibakar dan masih tersimpan di dalam peti ais.

Lebihan makanan itu telah menyebabkan berlakunya pembaziran makanan yang sangat banyak sehinggga telah mengguris hati tuan rumah. Mana tidaknya, daripada 200 tetamu yang dijemput tetapi anggaran hanya 20 orang sahaja yang datang.

Di akhir video berkenaan, lelaki itu memberi peringatan kepada orang ramai untuk memaklumkan kepada tuan rumah sama ada dapat hadir atau tidak jika dijemput ke rumah terbuka. Ini bagi mengelakkan berlaku pembaziran makanan.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah berjaya meraih 1.1 juta tontonan di TikTok.

https://www.tiktok.com/@john_riz470/video/7100726430962683163?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6967153737346041346

Netizen beri pelbagai reaksi berbeza

Di ruangan komen video tersebut pula, rata-rata netizen memberi pandangan yang berbeza terhadap situasi yang dihadapi oleh pasangan tersebut.

Ada yang berpendapat mungkin video tersebut ingin ditujukan kepada keluarga mereka kedua-dua belah pihak yang ‘senyap’ sahaja apabila diajak ke rumah terbuka melalui WhatsApp.

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang memberi cadangan supaya mereka menyedekahkan makanan tersebut kepada jiran-jiran dan rakan terdekat bagi mengelakkan pembaziran makanan berlaku.

Kepada tetamu yang dijemput ke rumah terbuka, sebaiknya anda memaklumkan terlebih dahulu kepada tuan rumah sama ada boleh hadir atau tidak. Dengan cara ini, anggaran jumlah makanan yang perlu dimasak dapat dibuat mengikut kesesuaian.

Sebagai tuan rumah pula, sekiranya tetamu tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan penting lain, anggaplah tidak ada rezeki untuk berjumpa dan ambillah peluang ini untuk memberi makanan tersebut kepada jiran-jiran atau rakan terdekat.

Dengan cara ini, harapnya pembaziran makanan dapat dielakkan serta tidak mengguris hati kedua-dua belah pihak.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd