Now Reading
[Video] Netizen Terhibur Lihat Gelagat Bapa-Bapa Lepas Pencen

[Video] Netizen Terhibur Lihat Gelagat Bapa-Bapa Lepas Pencen

Kebanyakan warganet terhibur dan tidak menyangka pesara anggota beruniform boleh berubah sepenuhnya menjadi seorang yang kelakar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebut sahaja tentang anggota beruniform seperti polis ataupun tentera, pasti kita sedia maklum dengan sikap dan tingkah laku mereka yang tegas.

Amat jarang sekali dilihat individu daripada golongan ini mempunyai watak ‘gila-gila’ atau suka bergurau terutamanya di rumah atau tempat terbuka.

Tanyalah kepada ahli keluarga mereka, kebanyakannya dibesarkan dengan cara yang penuh berdisiplin sama seperti tugas mereka.

Namun, jangan tidak tahu, ada di antara individu dari badan beruniform ini boleh ‘berubah’ selepas bersara dari alam pekerjaan.

Bapa Terus Minat Kucing Lepas Bersara Daripada Polis

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang gadis di akaun TikTok miliknya @dyhszhn, kelihatan bapa gadis itu yang dikenali sebagai Md Sazihan Suhari menggayakan kucing dan menangkap gambar haiwan comel berkenaan.

Menurut gadis yang dikenali sebagai Nurul Hidayah, bapanya itu bukanlah pencinta kucing. Namun, dia mula menunjukkan minat selepas bersara sebagai polis pada awal tahun ini.

Melalui video yang dikongsikan, Hidayah berkongsikan gelagat Nazihan bersama kucing kesayangan yang diberi nama Abang Boboy dan Oyen.

Kongsi Video Hanya Untuk Suka-Suka

Tambah Hidayah, video yang telah mendapat 4.2 juta tontonan itu dikongsikan hanyalah sekadar suka-suka sahaja.

“Saya memang selalu rakam (video) tapi jarang muat naik di TikTok jadi tak sangka boleh tular selepas kongsi video ayah dengan Abang Boboy semalam.

“Kalau nak tahu, ayah sebenarnya tak suka (kucing) tapi kerana kebanyakan masanya kini di rumah jadi sudah nampak ayah sudah sayangkan kucing.

“Emak pun nampak perubahan ayah itu. Kini, ayah dan emak yang sama-sama menguruskan kucing dengan dibantu saya juga adik beradik lain pada waktu lapang,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.

https://www.tiktok.com/@dyhszhn/video/7317248606979853576?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7231817302197519874

Bapa Buat Hal, Beli Topi Siap Dengan Rambut Palsu

Dalam pada itu, turut tular di Twitter gelagat seorang bapa yang membeli topi berserta dengan rambut palsu.

Apa yang menjadi perhatian adalah tingkah lakunya yang menghiburkan serta menggelikan hati isteri dan anak-anaknya.

Turut kedengaran, ibu kepada gadis berkenaan yang memberikan amaran kepada lelaki itu untuk tidak memakai topi yang dibeli dipercayai dari dalam talian.

“Tolong siapa-siapa ambil TikTok Shop dan Shopee bapak aku ni, dah bukan-bukan dibelinya,” ciap wanita berkenaan.

Difahamkan, bapa kepada pengguna Twitter @raihanaroslan juga merupakan anggota badan beruniform iaitu bekas Komander National Task Force (NTF) Laksamana Madya Datuk Roslan Mohd Yunus dari Tentera Laut Diraja Malaysia.

Video Raih Pelbagai Reaksi Dari Netizen

Kedua-dua video itu nyata menarik perhatian warganet. Kebanyakan mereka terhibur dan tidak menyangka pesara daripada anggota beruniform boleh berubah sepenuhnya selepas bersara dari alam pekerjaan.

Malah, ada juga yang mendoakan kebahagiaan buat kedua-dua keluarga ini kerana ada di antara mereka yang tidak dapat merasai detik sedemikian.

Berikut antara komen warganet:

Alhamdulillah, Awak Ada Abah Yang Masih Lagi Kuat & Sporting

Tolong Bagitahu, Betul Ke Ayah Awak Panglima? Risau Macam Bukan Je

Semoga Pakcik Sihat Selalu

Orang Yang Tegas Zaman Sekolah, Nak Senyum Pun Payah, Dah Pencen…

Layan Kerenah Tuan, Kucing Pun Duduk Diam Je


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd