“Jangan Tunjuk Hero” – Lebuh Raya NKVE Buka Laluan Kecemasan Setia Alam Ke Shah Alam
Walau bagaimanapun, laluan kecemasan (emergency lane) di lebuh raya NKVE hanya dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6:30am – 9:30am sahaja.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
“Jangan lalu emergency lane!”
Ya, betul. Penggunaan laluan kecemasan adalah salah jika anda adalah pengguna jalan raya yang sengaja menggunakan laluan tersebut tanpa sebab.
Nama pun ‘laluan kecemasan’, jadi hanya mereka yang ada kecemasan sahaja dibenarkan untuk lalu. Contohnya polis, bomba, ambulans, dan lain-lain.
BACA JUGA: [Video] Ambulans Ditahan Sebab Nak Beri Laluan Untuk ‘VIP’ Undang Kemarahan Netizen
Laluan Kecemasan New Klang Valley Expressway (NKVE) Dibuka Pada Waktu Puncak.
Peringatan buat pengguna lebuh raya NKVE di luar sana, sebelum anda bertindak mengambil video atau gambar sesebuah kenderaan yang muncul di laluan kecemasan lebuh raya tersebut – sila ketahui bahawa laluan kecemasan di NKVE kini dibuka pada waktu puncak.
Bilakah waktu puncak yang dimaksudkan itu?
Laluan kecemasan tersebut hanya dibuka bermula hari Isnin hingga Jumaat pada jam 6:30am – 9:30am sahaja.
Ujikaji ‘Smartlane’ Sedang Dijalankan.
PLUS, pengendali NKVE – telah mendapat kebenaran daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dengan kerjasama polis untuk menguji keberkesanan “Smartlane”.
Ia bertujuan untuk mengurangkan kesesakan pada waktu puncak.
Pada asasnya, Smartlane ialah lorong kecemasan yang dibuka kepada lalu lintas. Ujikaji Smartlane akan dilakukan di NKVE dari Setia Alam ke Shah Alam – kawasan yang terkenal dengan trafik waktu puncak yang teruk.
Khususnya, ia adalah dari KM 3.2 hingga KM 9.2 arah utara dan waktunya adalah dari 6.30 hingga 9.30 pagi pada pagi hari bekerja kecuali cuti umum. Had laju ialah 60 km/j sahaja.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM menjelaskan bahawa perbicaraan Smartlane sebenarnya bermula pada Oktober 2019, tetapi ditangguhkan ke Mac 2020.
Walau bagaimanapun, trafik dilaporkan lancar berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara dan tiada keperluan untuk lorong tambahan. Kini, oleh kerana sesi persekolahan telah bermula – lalu lintas dilihat kembali sesak.
JSPT tampil menjelaskan Smartlane kerana terdapat video tular yang menunjukkan kereta menggunakan lorong kecemasan di laluan tersebut.
Bagi yg bekerja di Klang Valley, tlg ambil perhatian.
— Big Ideas MY (@BigIdeasMY) May 22, 2022
Kenderaan dibenarkan utk mengguna emergency lane setiap Isnin – Jumaat dari 6.30 – 9.30am di highway NKVE Setia Alam – Shah Alam. Jgn nak tunjuk hero dengan block kenderaan lain mcm brader motor ni buat.
Bertolak ansur lah. pic.twitter.com/TEnJrPh9Qw
Papan tanda dengan maklumat Smartlane telah dipasang di laluan itu supaya tidak berlaku salah faham dalam kalangan pengguna lebuh raya.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM
JSPT turut menambah bahawa pihak mereka berharap pemandu akan lebih prihatin terhadap papan tanda jalan dan memastikan fakta sebelum memuat naik ‘konten’ ke laman sosial media.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.