Polis Buru Pemilik Kereta Terlibat Dalam Insiden Buli Di Lebuh Raya NKVE
Pemilik kereta Honda City berwarna putih itu juga didakwa telah membaling objek tidak dikenal pasti ke arah kereta mangsa.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Polis kini sedang mengesan seorang suspek lelaki dan pemilik sebuah kereta jenis Honda City berwarna putih berhubung kes buli jalan raya di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran plaza tol Bukit Raja Selangor pada Ahad lalu (21 Ogos).
Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh kamera dashcam kereta mangsa dan video berdurasi 57 saat itu telah tular di media sosial.
Dalam video berkenaan, kereta Honda City berwarna putih dilihat memotong kereta mangsa di lorong tengah sebelum berhenti secara tiba-tiba di tengah-tengah lebuh raya.
Menurut mangsa, dia dan suaminya ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke Shah Alam dari Taman Melawati.
Dah kenapa sampai macam tu. Bahaya la woi.
— nan manjoi8715 (@nanmanjoi8715) August 22, 2022
Tiada Info lanjut.#Pdrm
Kredit owner 🎥🤝 pic.twitter.com/HlzvBTea9J
Suspek kemudian keluar dari kereta dan mula menjerit serta memaki hamun wanita itu bersama suaminya.
Menurut Ketua Polis Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa suspek juga membaling objek tidak dikenal pasti ke arah kereta mangsa ketika mangsa hendak keluar dari kenderaan mereka.
ISU TULAR: KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH SHAH ALAM
— Polis Diraja M'sia (@PDRMsia) August 23, 2022
Tular Video Lelaki Berlagak Samseng di Jalan Raya.
Sumber: Polis (IPD) Shah Alam pic.twitter.com/FANYNVmvoi
Mangsa yang merupakan seorang pengurus operasi berusia 41 tahun kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam berhubung kejadian.
Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan.
Mohd Iqbal turut menggesa mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Mohd Syer Aidid Rusazman Sharan di talian 019-2223361.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.