Now Reading
PJD Link Dibatalkan, Boleh Dipertimbangkan Jika Pemaju Penuhi Syarat-Syarat Ditetapkan

PJD Link Dibatalkan, Boleh Dipertimbangkan Jika Pemaju Penuhi Syarat-Syarat Ditetapkan

Datuk Seri Amirudin Shari berkata projek tersebut dibatalkan kerana tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (31 Julai), Menteri Besar sementara Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, telah mengumumkan bahawa projek Petaling Jaya Dispersal (PJD) Link telah dibatalkan.

Projek PJD Link sebelum ini telah diluluskan secara bersyarat pada awal Julai. Satu perjanjian konsesi telah ditandatangani antara pemaju dan kerajaan Perikatan Nasional pada 5 April 2022.

Pada masa yang sama, pemaju harus menyediakan laporan penilaian impak penuh terhadap alam sekitar, sosial dan trafik sebelum boleh memulakan pembinaan.

Namun begitu, ia dibatalkan susulan penelitian terhadap pelan pembangunan tersebut yang tidak menepati syarat-syarat ditetapkan.

Prinsip pentadbiran ini adalah supaya pembangunan di negeri Selangor mencapai keseimbangan antara kemampanan, kemajuan ekonomi negeri serta tidak membawa kemudaratan kepada rakyat negeri Selangor.

Menteri Besar sementara Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Projek PJD Link Boleh Terjadi Jika Tepati Syarat-Syarat

Dalam satu kenyataan malam semalam, Amirudin berkata projek PJD Link mungkin akan dihidupkan semula sekiranya ia dapat memenuhi segala syarat ditetapkan dan memuaskan hati penduduk.

Walaupun begitu, dia berkata pembatalan yang diumumkannya adalah muktamad dan tidak akan dinilai semula setelah Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos.

Katanya, penduduk setempat adalah keutamaan dan kerajaan negeri tidak mahu meletakkan penduduk dalam risiko semata-mata kerana pembangunan. Namun, Petaling Jaya perlu dibangunkan dan memerlukan sistem untuk mengawal lalu lintas.

Namun, dalam masa yang sama, tetap ada keperluan untuk terus membangunkan Petaling Jaya dan untuk memperkenalkan sistem penyuraian trafik yang lebih berkesan. Sekiranya syarikat pemaju boleh menepati syarat yang ditetapkan kerajaan negeri dan memuaskan hati penduduk terlibat, kita boleh teruskannya nanti.

Menteri Besar sementara Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

PJD Link Ditentang Penduduk Tempatan

PJD Link merupakan satu lebuhraya yang dicadangkan bagi memintas kesesakan di Lebuhraya Persekutuan. Ia mempunyai empat lorong dan dianggarkan sepanjang 25.4 km bermula dari lebuh raya SPRINT di Damansara sehingga ke Bukit Jalil Highway Interchange.

Ia melibatkan 11 susur keluar yang menghubungkan bahagian utara dan selatan Petaling Jaya, melalui kawasan seperti Petaling Jaya Utara, Taman Tun Dr Ismail, pusat bandar Petaling Jaya, Taman Medan Baru dan Bukit Jalil Technology Park.

Tracy Toh, ahli jawatankuasa Say No To Kidex, berkata perancangan PJD Link adalah menyerupai pembinaan Kidex dahulu, dan ia jelas ditentang oleh penduduk tempatan. Kidex telah dibatalkan oleh Datuk Seri Azmin Ali pada tahun 2015 kerana pemaju gagal menyediakan kajian sokongan terhadap projek itu dan tidak mendedahkan kadar tol serta perjanjian konsesi penuh.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd