Now Reading
[Video] Rare Spesis Ni! Pokok Hopea Subalata Seakan Brokoli Hanya Ada Di Malaysia & Dijaga Oleh PBB

[Video] Rare Spesis Ni! Pokok Hopea Subalata Seakan Brokoli Hanya Ada Di Malaysia & Dijaga Oleh PBB

Hopea Subalata dikategorikan sebagai spesis yang terancam (sangat kritikal) dan ianya sedang dilindungi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Mega Rawang Bypass merupakan salah satu mercu tanda negara yang sangat mengagumkan dan juga membanggakan.

Projek yang mengambil masa selama 12 tahun itu dibuat dengan penuh berhati-hati agar tidak merosakkan hutan semula jadi yang ada.

Bagi yang pernah memandu di lebuhraya ini, pasti akan terpukau melihat keindahan pokok-pokok yang menghijau di sepanjang perjalanan, namun tidak semua mengetahui apakah spesis pokok tersebut.

Pokok unik ‘Hopea Subalata’ atau ‘Giam Kanching’

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @kingmshahrul, dia menjelaskan bahawa pokok yang diberi nama ‘Hopea Subalata’ atau ‘Giam Kanching’ itu merupakan spesis unik dan hanya ada di Malaysia.

@kingmshahrul

Spesis pokok yang hanya ada di Malaysia

♬ původní zvuk – ❤ibibah_laiciffo❤

“Pokok ini kategori balak kayu keras,, ia juga hanya terdapat di hutan simpan kanching Rawang, berdekatan bypass Rawang,” tulisnya di dalam kaspyen video.

Dalam video sama, jika dilihat dari bahagian atas, pokok unik ini akan kelihatan seperti sayuran brokoli.

Dibawah lindungan PBB

Selain daripada itu, pokok ini juga dikategorikan sebagai spesis yang terancam (sangat kritikal) dan ianya sedang dilindungi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Malaysia mendapat dana selama mana menjaga pokok ini, sesiapa yang didapati bersalah merosakkan pokok ini boleh didenda RM1 juta,” tulisnya lagi.

Hopea Subalata hanya tinggal 400 pokok

Menurut perkongsian di laman Twitter oleh @The_Endie, spesis Hopea Subalata ini hanya tinggal 400 pokok sahaja di dunia dan kesemuanya hanya boleh dilihat di Hutan Simpan/Lipur Kanching.

“Hanya tinggal 400 batang pokok dari spesis ini (hopea subalata) di dunia, dan ia hanya didapati di hutan Kanching, Selangor. Rawang Bypass terpaksa di bina melengkung supaya pokok pokok ini tidak ditebang,” tulisnya di kapsyen.

Untuk info, usaha pengiktirafan ini dilakukan oleh presiden PBB pada ketika itu, yang merupakan satu-satunya presiden dari Malaysia iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim.

Kredit gambar: TikTok kingmshahrul


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd