Now Reading
Pakai Kurta, Kena Kecam. Isu Hangat Tak Pakai Baju Melayu Masa Beraya Buat Netizen Berang

Pakai Kurta, Kena Kecam. Isu Hangat Tak Pakai Baju Melayu Masa Beraya Buat Netizen Berang

Isu pemakaian Kurta dan bukan baju melayu di Hari Raya masih hangat diperkatakan di media sosial ketika ini dengan rata-rata tidak bersetuju.

pakai kurta dikecam

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Beberapa hari lalu, media sosial digemparkan dengan isu yang boleh dikatakan ‘tidak masuk akal’. Hanya gara-gara pelajar tidak memakai baju melayu ketika majlis sambutan Hari Raya, mereka dilaporkan telah didenda.

Sekolah terbabit telah mengenakan denda terhadap pelajar yang memakai kurta semasa menghadiri majlis sambutan hari raya dan mereka juga dikehendaki untuk berdiri di tapak perhimpunan.

Malah, tidak dibenarkan untuk menyertai majlis berkenaan.

Pelajar yang terlibat hanya dibenarkan masuk ke kelas selepas jamuan hampir selesai dan saki baki makanan pun hanya tinggal sedikit.

Apakah ini tanda raikan murid? Apakah perasaan murid yang ‘excited’ untuk hadirkan diri ke sekolah tetapi diberi hukuman begini? Apakah perasaan guru jika anak guru sendiri yang didenda di sekolah yang bukan guru itu mengajar.

Tulis perkongsian tersebut.

Bagi kami, ini adalah denda yang tidak munasabah.


Dituduh ‘Murtad’ Sebab Tak Pakai Baju Melayu/Kurung Di Hari Raya.

Isu ini turut dirasai oleh kakak kepada arwah Adam Didam di mana wanita itu ‘dikecam’ dan terkena tempias selepas dia memuat naik gambar anak-anaknya berpakaian baju raya beberapa hari lalu.

Gambar tersebut telah dimuat naik menerusi akaun Instagram (thefamily.uk).

Menurut wanita itu, sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini begitu bermakna buat dirinya yang baru sahaja kembali gagah untuk melakukan segala persiapan hari raya buat keluarga dan anak-anak tercinta.

Menurutnya, dia sebelum ini hanya mengharapkan suami, ayah, dan juga arwah adiknya, Adam Didam untuk menyiapkan anak-anaknya di pagi Hari Raya untuk mereka meluangkan masa bersama dirinya yang tidak sihat.

Walau bagaimanapun, tahun ini Allah SWT telah mengkabulkan doanya untuk menyambut dan melakukan segala persiapan Hari Raya bersama keluarga.

Malah, anak-anaknya iaitu Fatimah dan Ali juga dilihat segak memakai baju raya pertama mereka menerusi gambar yang dikongsikan olehnya.

Tapi ada pula yang mengecam kenapa tak kirim baju Melayu dan baju Kurung daripada keluarga di Malaysia untuk dipakai di pagi Hari Raya.

Komen tersebut juga telah diletakkan sebagai ‘pinned comment’ di bawah perkongsian itu.

Sumber: Instagram/thefamily.uk

Mengulas lanjut, wanita berkenaan ‘terpanggil’ untuk menjelaskan segalanya dan membalas komen tersebut.

Baca penuh di bawah:

Komen tidak berasas itu juga mengundang kemarahan warganet yang turut menempelak isu yang dibangkitkan. Mana tidaknya, tak logik betul tuduhan yang kononnya pakai Kurta, terus kena cop ‘murtad’.

Itu hanyalah pakaian tradisional.

pakai kurta kena kecam
Sumber: Twitter
pakai kurta kena kecam
Sumber: Twitter
pakai kurta kena kecam
Sumber: Twitter

Kesimpulannya, kalau baju tradisional yang dipakai itu masih sopan dan tidak menjolok mata, apa salahnya bukan? Isu seperti ini tidak sepatutnya dibangkitkan sama sekali. Malah, dalam isu ini – yang memakai adalah kanak-kanak dan mereka hanya ingin menyambut Hari Raya Aidilfitri.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd